JTICT adalah selari dengan perangkaan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) yang disediakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) ditubuhkan bagi menimbangkan dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada fakulti dan jabatan (FPJB) berdasarkan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT FPJB masing-masing bagi perolehan ICT mengikut had nilai yang telah ditetapkan.
JTICT menilai permohonan projek ICT dari aspek daya maju teknikal (technical viability), pengoptimuman sumber dan keberkesanan kos bagi menyokong keperluan perkhidmatan teras sesebuah agensi. Ini bertujuan untuk memastikan projek ICT yang dilaksanakan mempunyai nilai tambah serta dapat memberi pulangan nilai untuk wang (value for money), impak dan keberkesanan yang tinggi kepada warga kampus sekaligus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan universiti seterusnya kerajaan.
Takwim
Cadangan Tarikh Mesyuarat JTICT Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Bagi Tahun 2024
Tujuan
Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT di FPJB dijalankan selaras dengan dasar ICT universiti dan kerajaan.
Format
Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT
Templat Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT
Pelaksanaan
Semua permohonan perolehan ICT perlu dikemukakan ke kaunter perkhidmatan PTMK sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh JTICT bersidang.