♦ Mengamalkan prinsip kewangan serta perbelanjaan yang berhemah
♦ Mengendalikan dan pelaksanakan tuntutan pembayaran
♦ Mengemaskini buku vot setiap masa bagi mengawal perbelanjaan bahagian / unit mengikut peruntukan yang telah diluluskan
♦ Penyediaan belanjawan
♦ Pengurusan surat-menyurat, sistem fail dan rekod
♦ Menguruskan keperluan perbekalan pejabat
♦ Menyelia keselamatan, peralatan, kemudahan dan kebersihan di sekitar bangunan, jabatan seperti bilik mesyuarat, pantri, lobi laluan masuk utama pejabat
♦ Menyelia dan memantau pengurusan sumber manusia
♦ Menyedia dokumen rasmi universiti & jabatan
♦ Pengurusan anggaran belanjawan perjawatan
♦ Pengurusan laporan penilaian prestasi staf
♦ Pengurusan aktiviti rasmi jabatan
♦ Melaksana pengurusan aset PTMK mengikut tatacara pengurusan aset dan inventori universiti
♦ Menyediakan laporan berbentuk KEW-PA dan laporan serta statistik lain untuk pelbagai pihak seperti ptmk, jabatan bendahari dan audit. mengawal selia pengurusan aset ICT
♦ Memastikan aset adalah dalam keadaan baik dengan menepati spesifikasi yang ditetapkan semasa penerimaan
♦ Memastikan kemasukan data-data semasa pendaftaran adalah tepat
♦ Penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan diuruskan mengikut peraturan dan aspek-aspek pengurusan harta yang ditetapkan.
♦ Memastikan dan meneliti maklumat penyelenggaraan sentiasa direkodkan serta menyemak secara berkala kesempurnaan penyediaan laporan-laporan aset.
♦ Melakukan pemeriksaan pada fizikal, rekod dan penempatan aset secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
♦ Memastikan PTMK tidak menyimpan aset yang tidak digunakan atau diperlukan bagi menjimatkan ruang simpanan di pejabat dengan mengambil tindakan pelupusan
♦ Meneliti kes-kes kehilangan dengan mendapatkan maklumat lengkap daripada staf terlibat.
♦ Mengendalikan perkhidmatan HelpDesk dan memberikan first level support kepada pelanggan Universiti.
♦ Memantau dan memastikan semua aduan yang dibuat kepada Help Desk adalah mengikut polisi dan prosedur sehingga penyelesaian masalah
♦ Menyediakan maklumbalas dan menyemak status aduan dengan pengguna
♦ Merancang dan mengkaji kesesuaian sistem Help Desk dari semasa ke semasa.
♦ Melanjutkan masalah kepada 2nd level support.