Peralatan / Perkakasan Komputer
♦ Menyediakan kemudahan ICT untuk menyokong aktiviti pentadbiran, pengajaran & pembelajaran, penyelidikan & sebagainya.
♦ Menyedia dan menguruskan keperluan komputer peribadi dan komputer riba kepada setiap staf (Pemberian komputer akan diberi mengikut keutamaan skop kerja agar pengagihan dapat dioptimumkan mengikut keperluan & sumber yang ada).
♦ Menyedia dan menguruskan keperluan perkhidmatan mesin fotostat.
♦ Menyedia dan menguruskan keperluan alatan seperti projector, skrin layar, kamera dan VDI di bilik-bilik kuliah, bilik mesyuarat dan ruangan-ruangan lain yang dikenalpasti.
Khidmat Sokongan Teknikal
♦ Menyediakan perkhidmatan bantuan teknikal kepada pengguna kemudahan ICT
♦ Menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan peralatan ICT
♦ Menyediakan khidmat nasihat berkaitan kesesuaian penggunaan peralatan ICT
♦ Menyediakan keperluan peralatan dan perisian mengikut piawai yang telah ditetapkan
♦ Menyediakan dan memantau polisi dan garis panduan penggunaan kemudahan peralatan ICT
♦ Menyimpan rekod pengguna peralatan komputer
♦ Memberikan maklumbalas maklumat terkini pengguna dan peralatan yang dibawah kawalan
♦ Melakukan lawatan di tempat permasalahan berlaku dan menyelesaikan masalah
♦ Melaporkan kepada Helpdesk status pembaikan dan penyelenggaraan yang dilakukan.
Khidmat Pelanggan
♦ Menjadi Point of Contact di antara pengguna dengan PTMK supaya semua permintaan dapat diaturkan dengan sempurna
♦ Memproses, merekod dan menganalisa permohonan dari pengguna
♦ Memantau, memberi maklumbalas dan membuat susulan ke atas setiap permohonan
♦ Memastikan polisi dan prosedur perkhidmatan dan perolehan ICT Universiti disediakan dan dikemaskini untuk rujukan semua pihak (berkenaan sahaja)
♦ Memastikan semua dokumentasi sistem (hardcopy & softcopy) disediakan dan dikemaskini untuk rujukan semua pihak (berkenaan sahaja)
♦ Mengurus pembelian dan agihan unit toner pencetak kepada staf yang memerlukan.
♦ Memastikan maklumat clearance direkodkan dan pulangan aset ICT dilakukan oleh staf yang telah tamat perkhidmatan di UPNM atau cuti belajar.