♦ Menyelaras dan mengurus ciri-ciri keselamatan asas.
♦ Menyediakan Pengurusan Alamat IP (Internet Protocol) untuk keperluan peralatan dan perkakasan di dalam rangkaian.
♦ Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi, aplikasi dan integrasi rangkaian mengikut spesifikasi yang ditetapkan secara Server Hosting.
♦ Merancang penyediaan standard dan garis panduan dalam pengurusan infrastruktur ICT Pusat Data serta sebagai pakar rujuk dalam pengurusan infrastruktur ICT Pusat Data.
♦ Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang berkaitan dengan komputer pelayan.
♦ Menyelia dan melaksanakan prosedur operasi Pusat Data bagi memastikan operasi Pusat Data adalah jelas, dipatuhi dan di laksana dengan lancar.
♦ Merancang dan memimpin pembangunan Pusat Data/Pusat Pemulihan Bencana (DRC).
♦ Mengurus dan memastikan perkhidmatan Firewall, Domain Name Server (DNS) dan Web Application Firewall (WAF) berfungsi dengan baik.
♦ Memastikan operasi dan fasiliti Pusat Data beroperasi dengan lancar 24 x 7 dan 365 hari
♦ Menilai dan mencadangkan pengurangan risiko berlakunya insiden dan kebergantungan kepada pihak ketiga untuk memantapkan lagi infrastruktur keselamatan ICT di UPNM.
♦ Memastikan pengendalian insiden mengikut Prosedur Pengendalian Insiden seperti yang terkandung dalam Dasar ICT UPNM dan Dasar Keselamatan ICT UPNM dan piawaian semasa yang telah ditetapkan.
♦ Bertanggungjawab menyebarkan makluman sekiranya terdapat ancaman yang boleh menyebabkan gangguan terhadap keselamatan ICT dan pengoperasian serta pembelajaran di UPNM.
♦ Merancang dan menilai faktor kebarangkalian berlaku bencana terhadap pusat data untuk menghindari faktor yang boleh dikawal daripada berlakunya bencana.
♦ Merancang, mengkaji dan membuat analisis keperluan pengguna dari segi pemulihan bencana dan melaksanakan perancangan pemulihan bencana bagi memastikan operasi sistem-sistem berjalan dengan gangguan yang minima.
♦ Menyediakan ruang storan, mengurus, memantau dan menambahbaik dari segi keselamatan, kapasiti dan kesinambungan storan
♦ Menyediakan dan mengemas kini dokumentasi serta menjalankan audit inventori perkakasan di Pusat Data untuk rujukan penambahbaikan.
♦ Menyediakan dan Mengurus Penyelesaian Anti-Spam
♦ Melaksanakan audit pada Pelayan dan Aplikasi berdasarkan insiden dan permohonan
♦ Melaksanakan pembersihan Malware pada perkakasan
♦ Menyediakan perkhidmatan pelayan fizikal & maya bagi kegunaan pengurusan dan P&P
♦ Melakukan program kesedaran dan perlaksanaan polisi Keselamatan ICT
♦ Menyediakan Latihan Perkongsian Maklumat berkaitan Keselamatan ICT, Amalan Terbaik dan Etika penggunaan Sumber ICT
♦ Memastikan kesinambungan perkhidmatan operasi pusat data untuk menyokong kelancaran operasi pentadbiran dan pembelajaran di UPNM.
♦ Menguruskan kesinambungan penyelenggaraan dan pengoperasian sistem pengawasan CCTV di dalam kampus.
♦ Menyediakan perkhidmatan forensik analisis log atas keperluan universiti.