BTMK beriltizam ke arah mencapai kecemerlangan ICT melalui penerapan budaya kualiti secara berterusan demi mencapai kepuasan pelanggan secara menyeluruh.

Memproses permohonan pinjaman peralatan BTMK dalam masa dua (2) hari bekerja dari tarikh penerimaan borang yang lengkap.

Memproses permohonan alamat mel elektronik dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan borang yang lengkap.

Semua aduan kerosakan berkenaan sumber ICT akan diatasi dalam masa seperti berikut.

Aduan pengguna akan diambil tindakan pemeriksaan pada hari aduan diterima.

Kerosakan akan dibaiki dalam masa dua (2) hari bekerja sekiranya kerosakan dapat diatasi oleh staf Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK).

Sekiranya kerosakan tidak dapat diselesaikan dalam masa dua (2) hari bekerja, tindakan susulan akan diuruskan.
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kem Sungai Besi,57000 Sungai Besi, Kuala Lumpur
+603 9051 3400
© 2022 Powered by Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, UPNM. Hakcipta terpelihara.