Isnin - Jumaat: 8.00 pg - 5.00 ptg

LAWATAN KERJA DELEGASI PPKT USM, NIBONG TEBAL

15 September 2020 – Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi UPNM telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada delegasi Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia cawangan Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulai Pinang. Sesi lawatan yang berlangsung selama lebih kurang 4 jam tersebut diketuai oleh Encik Mazlifendirizan bin Rejab selaku Penyelaras PPKT USM cawangan Nibong Tebal.

Rombongan delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Makmal Simulator, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP). Sesi taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi FSTP iaitu Lt. Kdr. (B) Mohd Najib bin Abdul Ghani Yolhamid.

Mengakhiri lawatan, peluang menembak di Lapang Sasar UPNM diberikan kepada semua yang hadir untuk merasai pengalaman ini. Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan, Encik Ahmad Fitry Bin Mohamed dan sesi menembak telah dibantu oleh jurulatih-jurulatih daripada Akademik Kecergasan Pertahanan UPNM.

Semoga ikatan ukhwah terus terjalin dan segala perkongsian serta ilmu dapat dimanfaatkan bersama.