Page 62 - DASAR ICT
P. 62

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                 10.1  OBJEKTIF

                        Meningkatkan  tahap  keselamatan  ICT  bagi  mengelakkan  daripada
                        pelanggaran kepada Dasar ICT UPNM.

                 10.2  PEMATUHAN DASAR

                        i.     Setiap  pengguna  di  UPNM  hendaklah  membaca,  memahami  dan
                               mematuhi  Dasar  Keselamatan  ICT UPNM dan  undang-undang  atau
                               peraturan-peraturan lain yang berkaitan yang berkuat kuasa.

                        ii.    Semua  aset  ICT  di  UPNM  termasuk  maklumat  yang  disimpan  di
                               dalamnya adalah hak milik Kerajaan dan Ketua Jabatan berhak untuk
                               memantau  aktiviti  pengguna  untuk  mengesan  penggunaan  selain
                               daripada  tujuan yang telah ditetapkan.

                 10.3  KEPERLUAN PERUNDANGAN, PERATURAN ATAU GARIS PANDUAN

                        i.     Dasar  ini  bertujuan  memastikan  reka  bentuk,  operasi,  penggunaan
                               dan pengurusan sistem maklumat adalah selaras serta berkeupayaan
                               menghalang  pelanggaran  mana-mana  keperluan  perundangan,
                               peraturan dan perjanjian yang berkuat kuasa.

                        ii.    Perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut.

                               a.     Semua  perlembagaan,  undang-undang,  peraturan,  perjanjian
                                      yang dimeterai dan perkara-perkara lain yang relevan kepada
                                      keselamatan  sistem  maklumat  dan  organisasi  hendaklah

                                      dikenalpasti,  peraturan  yang  sesuai  dilaksanakan  untuk
                                      pematuhan  ke  atas  perlembagaan,  undang-undang  dan

                                      keperluan  kontrak tentang  penggunaan  bahan  yang tertakluk
                                      kepada hak milik harta intelek;

                               b.     Rekod penting hendaklah dilindungi daripada hilang, rosak dan
                                      dipalsukan  selaras      dengan  keperluan        undang-undang,
                                      peraturan dan keperluan perjanjian ICT;

                               c.     Perlindungan  ke  atas data  dan hak milik peribadi hendaklah
                                      mematuhi perundangan,  peraturan  dan  terma  perjanjian  jika
                                      perlu; dan






                                                                                                       62
   57   58   59   60   61   62   63   64