Page 60 - DASAR ICT
P. 60

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                 9.1    OBJEKTIF

                        Menjamin  operasi  perkhidmatan  agar  tidak  tergendala  dan  penyampaian
                        perkhidmatan yang berterusan kepada pelanggan.

                 9.2    PELAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN

                        Setiap  PTj  dengan  kerjasama  PTMK  digalakkan  untuk  membangun  pelan
                        kesinambungan  perkhidmatan  untuk mencari pendekatan yang menyeluruh
                        bagi mengekalkan kesinambungan perkhidmatan.  Ini  bertujuan memastikan
                        tiada  gangguan  kepada  proses-proses  dalam  penyediaan  perkhidmatan
                        organisasi.  Pelan  ini  mestilah  diluluskan  oleh PTMK dan perkara-perkara
                        berikut perlu diberi perhatian.

                        i.     Mengenal pasti semua tanggungjawab dan prosedur kecemasan atau
                               pemulihan;

                        ii.    Melaksanakan  prosedur-prosedur  kecemasan  bagi  membolehkan
                               pemulihan  dapat  dilakukan  secepat  mungkin  atau  dalam  jangka
                               masa yang telah ditetapkan;

                       iii.    Mendokumentasikan proses dan prosedur yang telah dipersetujui;

                       iv.     Mengadakan  program  latihan  kepada  pengguna  tentang  prosedur
                               kecemasan;

                       v.      Membuat penduaan; dan

                       vi.     Menguji dan mengemas kini pelan sekurang-kurangnya setahun sekali.























                                                                                                       60
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64