Page 55 - DASAR ICT
P. 55

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                        8.9.2   Capaian Fizikal

                                i.      Capaian Pengkabelan Rangkaian

                                        Langkah-langkah  yang  perlu  diambil untuk  melindungi  kabel
                                        rangkaian daripada dicapai oleh orang yang tidak berkenaan
                                        adalah seperti berikut.

                                        a.     Melindungi  pengkabelan  di  dalam  kawasan  kampus
                                               UPNM  dengan  cara  memasang  pembuluh  (conduit)
                                               atau mekanisma perlindungan lain dan

                                        b.     Pusat  pendawaian  (wiring  closet)  terletak  di  dalam
                                               ruang atau bilik yang berkunci dan hanya boleh dicapai
                                               oleh staf yang dibenarkan sahaja.

                                ii.     Capaian Peralatan Rangkaian

                                        a.     Peralatan  hendaklah  ditempatkan  di  tempat  yang
                                               selamat dan terkawal dan

                                        b.     Peralatan rangkaian hanya boleh dicapai oleh staf yang
                                               dibenarkan sahaja.

                        8.9.3   Capaian Logikal

                                i.      Pengenalan  pengguna  (User  ID)  dan  kata  laluan  diperlukan
                                        untuk  mencapai  perisian  rangkaian.  Capaian  hanya  boleh
                                        dibuat oleh staf yang dibenarkan sahaja.

                                ii.     Pengguna perlu memilih kata laluan yang baik seperti mana
                                        yang terdapat  pada  garis  panduan  ‘Malaysian  Public  Sector
                                        Management       of    Information    and     Commmunications
                                        Technology Security Handbook (MyMIS)’.

                                iii.    Maklumat  capaian  ke  peralatan  rangkaian  hendaklah

                                        direkodkan tarikh,  masa  dan  aktiviti.  Maklumat  tersebut
                                        mestilah disimpan sekurang-kurangnya selama 90 hari.

                                iv.     Rangkaian  hanya  menerima  trafik  daripada  alamat  IP
                                        dalaman  yang       berdaftar  sahaja.  Semua         perubahan
                                        konfigurasi  suis  (switch  rangkaian  hendaklah  dilogkan
                                        termasuk super-user yang membuat perubahan tersebut.



                                                                                                       55
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60