Page 53 - DASAR ICT
P. 53

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                        8.7.3   Perisian Tak Berlesen

                                PTj bertanggungjawab  memastikan  semua penggunaan perisian di
                                bawah  tanggungannya  adalah  berlesen.  PTj  juga  perlu  mengawal
                                dan  menyimpan  lesen serta  kawalan  fizikal  ke  atas  lokasi  perisian
                                berlesen dan salinan lesen yang dikeluarkan.

                        8.7.4   Kawalan Kod Hasad (Malicious Code)

                                PTMK  bertanggungjawab  memastikan  integriti  maklumat  daripada
                                pendedahan atau kemusnahan akibat kod hasad seperti berikut.

                                i.      Melaksanakan prosedur untuk mengurus kod hasad;

                                ii.     Mewujudkan  peraturan  berkaitan  memuat  turun,  menerima
                                        dan mengguna perisian percuma  (freeware dan  shareware);
                                        dan

                                iii.    Mengambil  langkah  pencegahan  atau  pemulihan  serangan
                                        kod hasad seperti berikut.

                                        a.     Mengimbas dan menghapus kod hasad menggunakan
                                               perisian antivirus yang diluluskan oleh UPNM;

                                        b.     Menyemak  status  proses  imbasan  dalam  laporan  log;
                                               dan

                                        c.     Tidak  melaksanakan  atau  membuka  fail  lampiran
                                               (attachment) daripada mel elektronik yang meragukan.

                 8.8    KAWALAN KESELAMATAN PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK

                        8.8.1   Akaun Mel Elektronik

                                Akaun mel elektronik bukan hak mutlak seseorang tetapi kemudahan
                                yang  disediakan  tertakluk  kepada  peraturan  Universiti  dan  boleh
                                ditarik  balik  jika  melanggar  Capaian  Penggunaan  Perkhidmatan
                                Intranet dan Internet.
                        8.8.2   Menyelenggara Kotak Mel (Mail Box)

                                i.      Kandungan  dan penyelenggaraan  kotak mel  pada  komputer
                                        peribadi adalah menjadi tanggungjawab pengguna.



                                                                                                       53
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58