Page 54 - DASAR ICT
P. 54

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                                ii.     Pengguna  hendaklah  sentiasa  mengimbas  fail  dalam  kotak
                                        mel elektronik dengan perisian antivirus bagi memastikan fail
                                        yang  dihantar  atau  diterima  melalui  lampiran  (attachment)
                                        bebas daripada virus.

                                iii.    Mel  elektronik  hendaklah  tidak  mengandungi  maklumat
                                        rahsia atau  sulit yang  boleh  disalah  guna  untuk merosakkan
                                        akaun,  komputer,  komputer  riba,  pelayan  dan  rangkaian
                                        UPNMNet.

                        8.8.3   Penggunaan Perisian Mel Elektronik

                                i.      Pengguna  hendaklah  mengguna  perisian  mel  elektronik
                                        rasmi  UPNM  yang  lebih  selamat  daripada  ancaman  dan
                                        penyebaran kod hasad untuk urusan rasmi.

                                ii.     Pengguna  yang  menggunakan  perisian mel  elektronik  rasmi
                                        UPNM  hendaklah  sentiasa  membuat  sandaran  (backup)
                                        terhadap data-data mel elektronik.


                 8.9    KESELAMATAN  PERALATAN  RANGKAIAN  DAN  PERKAKASAN
                        PELAYAN

                        8.9.1   Keselamatan Fizikal

                                i.      Peralatan rangkaian  hendaklah ditempatkan di tempat yang
                                        bebas  daripada  risiko  di  luar  jangkaan  seperti  banjir,  kilat,
                                        gegaran, kekotoran dan sebagainya.

                                ii.     Suhu  hendaklah  terkawal  di  dalam  had  suhu  peralatan
                                        rangkaian berkenaan.

                                iii.    Memasang  bekalan  sandaran  (backup)  yang  bersesuaian
                                        sekiranya terputus bekalan elektrik.

                                iv.     Penggunaan peralatan wayarles hendaklah dilindungi dengan
                                        meletakkan  di  tempat  selamat  dan/atau  mekanisma
                                        perlindungan lain.






                                                                                                       54
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59