Page 52 - DASAR ICT
P. 52

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                               iv.      Menghapuskan  maklumat  yang  digunakan  setelah  selesai
                                        pengujian  (terutamanya  apabila  menggunakan  data  lapuk);
                                        dan

                                v.      Menggunakan       persekitaran     yang     berasingan      untuk
                                        pembangunan dan pengoperasian sistem aplikasi (jika perlu).

                 8.7    PERISIAN  BERKOD  HASAD  (MALICIOUS  CODE)  DAN  ROSAK
                        (DEFECTIVE)

                        Atur  cara  sistem  aplikasi  yang  dibangunkan  secara  dalaman  dan  luaran
                        terdedah  kepada  kod  hasad  dan  kod  rosak.  PTMK  bertanggungjawab
                        mengurangkan kemungkinan perisian yang rosak melalui kawalan berikut.


                        i.     Mendapat  kod  sumber  (source  code)  daripada  pembangun  sistem
                               aplikasi  yang  bereputasi  baik,  mempunyai  rekod  prestasi
                               perkhidmatan  yang  baik  dan  mempunyai  kepakaran  teknikal  yang
                               terlatih;

                        ii.    Mewujudkan  dan  melaksanakan pengujian  dan  pengesahan semua
                               sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman dan luaran; dan

                        iii.   Memastikan  semua  sistem  aplikasi  didokumentasi  dan  menepati
                               spesifikasi yang ditetapkan.

                        8.7.1   Perubahan Versi

                                PTMK  bertanggungjawab  mengawal  versi  sistem  aplikasi  apabila
                                perubahan atau pendekatan dibuat dan mematuhi prosedur kawalan
                                perubahan.

                        8.7.2   Penyimpanan Kod Sumber

                                PTMK  bertanggungjawab  mengurus  dan  melaksana  kawalan
                                penyimpanan kod sumber         bagi    system     aplikasi   di    bawah
                                tanggungannya  untuk  tujuan  penyelenggaraan  dan  peningkatan
                                yang merangkumi perkara berikut.

                                i.      Pewujudan prosedur penyelenggaraan versi terkini dan

                                ii.     Pewujudan perjanjian penyimpanan kod sumber perlu dibuat
                                        tanpa  mengira  kod  sumber  tersebut  dibangunkan  secara
                                        dalaman atau luaran.


                                                                                                       52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57