Page 47 - DASAR ICT
P. 47

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                 8.1    OBJEKTIF

                        i.     Memastikan  pengawalan  dan  pengurusan  keselamatan  ke  atas
                               perkakasan, perisian, aplikasi, operasi dan sistem komputer.

                        ii.    Menerangkan  pelaksanaan  keselamatan  rangkaian  UPNMNet  yang
                               merupakan  satu  infrastruktur  rangkaian  kawasan  setempat  (LAN)
                               untuk  penyambungan  bagi  tujuan  komunikasi  dan  perkongsian
                               maklumat/sumber.

                 8.2    SKOP

                        i.     Aspek reka bentuk keselamatan sistem komputer dan rangkaian.

                        ii.    Aspek     keselamatan      perkakasan,     perisian,    aplikasi,   sistem
                               pengendalian, sistem komputer dan rangkaian.

                 8.3    KESELAMATAN PELAYAN

                        8.3.1   Kawalan Capaian Fizikal

                                i.    Kawalan  terhadap  individu/staf  yang  masuk  ke  Bilik  Pelayan,
                                      Bilik  Rangkaian  dan  juga  kawalan  capaian  kepada  semua
                                      sistem pelayan serta sumber-sumber ICT lain.

                                ii.   Mewujudkan  mekanisma  kawalan  capaian  fizikal  untuk
                                      staf/individu mencapai sistem pelayan yang berkenaan.

                        8.3.2   Kawalan Capaian Logikal

                                Kawalan dibuat  semasa pemasangan agar hanya  pengguna  yang
                                dibenarkan sahaja boleh mencapai seperti berikut.

                                i.      Pengenalan Pengguna (User ID)

                                        a.     Pengguna  boleh  terdiri  daripada         individu   atau
                                               kumpulan pengguna yang berkongsi hak capaian akaun
                                               yang sama. Dalam kedua-dua keadaan, pengguna perlu
                                               bertanggungjawab  ke  atas  keselamatan  sistem  yang
                                               digunakan.






                                                                                                       47
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52