Page 44 - DASAR ICT
P. 44

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                        pesakit-pesakit.

                 7.5    HAD-HAD       PENGGUNAAN           MAKLUMAT         RAHSIA       ATAU      SULIT
                        PENGGUNA

                        i.     Maklumat  rahsia  atau  sulit  pengguna  mestilah  digunakan  untuk
                               tujuan yang telah dinyatakan ketika maklumat itu diperolehi sama ada
                               daripada tuan punya maklumat atau pihak ketiga.

                        ii.    Tuan  punya  maklumat  telah  memberi  kebenaran  menggunakan
                               maklumat tersebut.

                        iii.   Maklumat  rahsia  atau  sulit  pengguna  boleh  digunakan  bagi
                               pengesahan sesuatu kontrak.

                        iv.    Maklumat rahsia  atau  sulit  pengguna boleh  digunakan  untuk tujuan
                               Mahkamah atau Perundangan. Maklumat rahsia atau sulit pengguna
                               boleh digunakan untuk melindungi tuan punya maklumat dalam semua
                               perkara.

                 7.6    KEBERTANGGUNGJAWABAN UPNM

                        i.     UPNM  bertanggungjawab  memastikan  ketepatan  maklumat  rahsia
                               atau sulit pengguna semasa  dalam simpanan  dan sentiasa dikemas
                               kini untuk tujuan yang diperlukan. Kemas  kini maklumat hanya perlu
                               dilakukan jika maklumat tersebut diperlukan oleh pihak UPNM. Dalam
                               kes  tuan  punya  maklumat  telah  menamatkan  perkhidmatan  atau
                               pengajian,  beliau  tidak  dimestikan  untuk  mengemaskini  maklumat
                               tersebut kecuali apabila diperlukan oIeh UPNM.

                        ii.    UPNM  bertanggungjawab  menjamin  keselamatan  maklumat  yang
                               disimpan.  Langkah-langkah  keselamatan  perlu  diambil  sama  ada
                               secara manual  atau elektronik  untuk  mengelakkan  maklumat  dicapai
                               secara tidak sah, dirosak, diubah, hilang dan sebagainya.

                        iii.   UPNM  bertanggungjawab  menjamin  kerahsiaan  maklumat  rahsia
                               atau sulit pengguna. Pengurus maklumat atau pemilik data mestilah
                               memastikan maklumat rahsia  atau  sulit  pengguna  tidak  disebarkan
                               kepada  pihak  lain,  selain  daripada  mereka  yang  mempunyai  hak
                               untuk mengetahui maklumat tersebut.

                        iv.    Permintaan  untuk  mencapai  maklumat  rahsia  atau  sulit  pengguna
                               oleh tuan  punya maklumat  untuk  tujuan  pengesahan  (verification)



                                                                                                       44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49