Page 41 - DASAR ICT
P. 41

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                 7.1    OBJEKTIF

                        Menyatakan  tanggungjawab  pihak  yang  terlibat  dengan  penggunaan
                        kemudahan ICT di UPNM seperti berikut.

                        i.     Melindungi  kepentingan  pengguna  utama  ICT  apabila  berlaku
                               kejadian pelanggaran Dasar ICT UPNM;

                        ii.    Memelihara  dan  melindungi  maklumat  peribadi  tuan  punya
                               maklumat yang dimiliki oleh UPNM;

                        iii.   Menyokong  usaha  UPNM  untuk  menjaga  kepentingan  stakeholder;
                               dan

                        iv.    Menerangkan  aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Pengurus Maklumat
                               yang  melibatkan  capaian  data,  maklumat,  atau  kegiatan  pengguna
                               yang dikelaskan sebagai maklumat rahsia atau sulit.

                 7.2    SKOP

                        i.     Meliputi tanggungjawab pengguna dan UPNM yang berkaitan capaian
                               maklumat rahsia atau sulit.

                        ii.    Walau  bagaimanapun  hanya  maklumat  peribadi  yang  diambil  untuk
                               memudahkan seseorang individu berhubung, iaitu nama, no. telefon
                               dan  alamat  mel  elektronik  yang  disediakan  oleh  seseorang  individu
                               adalah tidak termasuk dalam dasar ini.

                 7.3    CAPAIAN MAKLUMAT RAHSIA ATAU SULIT

                        i.     Pengguna ditegah menyimpan maklumat rahsia atau sulit pengguna
                               UPNM yang lain.

                        ii.    Pengurus  Maklumat  berhak  untuk  mencapai,  merekod,  atau
                               memantau data, maklumat atau kegiatan pengguna dari semasa ke
                               semasa  sebagai  rutin  pemantauan  keselamatan  ICT.  Maklumat-
                               maklumat  yang  direkodkan  ini  akan  digunakan  untuk  tujuan
                               keselamatan  ICT  dan  akauntabiliti  pengguna.  Contohnya,  arahan
                               dalam  pelayan  komputer  UNIX seperti  last,  syslog,  acctcom,  pacct
                               yang berfungsi merekod aktiviti pengguna untuk tujuan pengauditan.

                        iii.   Pengurus Maklumat hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak
                               UPNM  untuk  memantau  kegiatan  dan  aktiviti  pengguna  yang



                                                                                                       41
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46