Page 36 - DASAR ICT
P. 36

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                       iv.     UPNM  tidak  bertanggungjawab  terhadap  sebarang  kerosakan,
                               kehilangan  atau  sebarang  kesan  lain  kepada  maklumat,  aplikasi,
                               data, kotak  mel elektronik  atau  fail  yang  disimpan  oleh  pengguna  di
                               dalam  komputer,  komputer  riba  atau  pelayan  akibat  daripada
                               penggunaan perkhidmatan mel elektronik.

                       v.      Sistem  mel  elektronik  yang  disediakan  oleh  UPNM  mestilah  boleh
                               menyedia  kemudahan  untuk  menukar  kata  laluan  secara  berkala
                               (dicadangkan  dibuat  setiap  tiga  (3)  bulan  oleh  pengguna)  bagi
                               mengelakkan pencerobohan akaun.

                       vi.     Kemudahan mel elektronik disediakan dan diberi kepada semua staf
                               dan  pelajar  UPNM  yang  berdaftar.  Kemudahan  mel  elektronik  juga
                               boleh  disediakan  kepada  organisasi  atau  persatuan  rasmi  UPNM
                               melalui  permohonan  kepada  PTMK.  Pengguna  tidak  dibenarkan
                               untuk memohon penukaran alamat mel elektronik.

                       vii.    Seseorang  pengguna  individu  tidak  dibenarkan  untuk  memohon
                               dan/atau  memiliki  lebih  daripada  satu  akaun  atau  alamat  mel
                               elektronik UPNM pada satu-satu masa.

                       viii.   Setiap alamat mel elektronik yang disediakan adalah untuk kegunaan
                               individu, organisasi atau persatuan berkenaan sahaja dan tidak boleh
                               digunakan oleh pihak lain sama sekali.

                       ix.     Pengguna  digalakkan  menggunakan  mel  elektronik  UPNM  untuk
                               urusan rasmi. UPNM berhak  menghalang  penggunaan mel  elektronik
                               selain  daripada  mel  elektronik UPNM  jika  didapati  membebankan
                               rangkaian UPNMNet.

                       x.      Dalam  kes  sistem  tergendala  (rosak),  pihak  pentadbir sistem  hanya
                               bertanggungjawab  untuk  memulihkan  kembali  (restore)  maklumat
                               akaun pengguna dan bukannya kandungan atau kotak mel elektronik
                               (mailbox) pengguna.

                       xi.     Atas  sebab-sebab keperluan  audit,  keselamatan  dan  penggunaan,
                               pentadbir  sistem  dengan  kelulusan  UPNM  berhak  memeriksa  dan
                               melihat isi kandungan mel elektronik dan ruang storan pengguna.

                       xii.    UPNM  boleh  menamatkan  kemudahan  akaun  mel  elektronik  yang
                               telah diberikan kepada staf dan pelajar atas sebab-sebab berikut.






                                                                                                       36
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41