Page 35 - DASAR ICT
P. 35

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                 6.1    OBJEKTIF

                        Menentukan  penggunaan  perkhidmatan  Intranet  dan  Internet  oleh
                        pengguna bersesuaian  seperti mana  yang  dikehendaki oleh UPNM.  Dasar
                        ini  juga  bertujuan  melahirkan  pengguna  Internet  yang  beretika  dan
                        bertanggungjawab.

                 6.2    SKOP

                        i.     Penggunaan kemudahan mel elektronik UPNM dan bukan UPNM.

                        ii.    Pembangunan  laman  web  di UPNM,  sama  ada  dibangunkan secara
                               berpusat  atau  secara  berasingan  oleh  webmaster  UPNM  di  PTMK
                               atau PTj yang lain.

                        iii.   Penggunaan Intranet dan Internet termasuk tetapi tidak terhad kepada
                               capaian  sistem  aplikasi  UPNM,  Portal  UPNM,  laman  web,
                               pemindahan  data  atau  maklumat  dan  perbincangan  melalui  e-mail
                               group, chat room atau forum.

                 6.3    PENGGUNAAN MEL ELEKTRONIK

                        i.     Aktiviti  spamming,  mail  bombing,  phishing  dan/atau penyebaran  mel
                               elektronik dengan  kandungan  tidak  beretika  seperti  lucah,  ugutan,
                               hasutan,  perkauman,  politik,  perniagaan  dan  gangguan  kepada
                               individu,  mailing  list  atau  discussion  group  sama  ada  di  dalam
                               rangkaian UPNMNet atau ke Internet adalah tidak dibenarkan.

                        ii.    UPNM  berhak  memasang  sebarang  jenis  perisian  atau  perkakasan
                               penapisan  mel  elektronik  (e-mail  filter)  dan  antivirus  yang  difikirkan
                               sesuai  dan  boleh  digunakan  untuk  mencegah,  menapis,  menyekat
                               atau  menghapuskan  mana-mana  mel  elektronik  yang  disyaki
                               mengandungi  virus,  kod  hasad  (malicious  code)  atau  berunsur
                               spamming  daripada  memasuki  ke  dalam pelayan,  komputer  atau
                               rangkaian  UPNMNet  dan  keluar  daripada  pelayan,  komputer  atau
                               UPNMNet.

                        iii.   UPNM  tidak  bertanggungjawab  terhadap  pengguna  yang  menjadi
                               penghantar  (sender)  atau  penerima  (receiver)  kepada  sebarang mel
                               elektronik  yang  berunsur  spamming,  phishing  atau  penyebaran  mel
                               elektronik dengan kandungan tidak beretika.






                                                                                                       35
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40