Page 31 - DASAR ICT
P. 31
DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
5.1 OBJEKTIF
Menerangkan penguatkuasaan penggunaan makmal-makmal komputer di
UPNM yang digariskan sebagai panduan umum untuk setiap pentadbir
makmal komputer di PTj. Setiap makmal boleh mempunyai peraturan
khusus untuk pengguna masing-masing.
5.2 SKOP
Setiap pengguna mesti mematuhi syarat dan peraturan penggunaan
makmal yang ditetapkan oleh pentadbir makmal masing-masing. Sebarang
pelanggaran peraturan atau penyalahgunaan adalah tertakluk kepada Dasar
Keselamatan ICT.
5.3 PENGGUNAAN MAKMAL
i. Setiap PTj hendaklah menyedia, memaklum, memapar dan
menguatkuasa peraturan penggunaan makmal komputer masing-
masing kepada pengguna.
ii. Peraturan makmal yang digubal hendaklah melarang pengguna
melakukan perkara-perkara berikut termasuk tetapi tidak terhad
kepada:
a. Sembang siber (chatting)
b. Makan dan minum
c. Menghisap rokok
d. Membuat bising termasuk tetapi tidak terhad kepada berbual,
berbincang, memasang dan mendengar muzik
e. Mengganggu pengguna lain dengan apa cara sekalipun,
termasuk menimbulkan rasa aib, marah dan tidak selesa
f. Berkelakuan tidak senonoh atau mengaibkan
g. Menukar kedudukan komputer dan peranti
h. Menukar konfigurasi komputer
i. Menambah atau membuang sebarang perisian
31