Page 27 - DASAR ICT
P. 27

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                        penggunaan  rangkaian  UPNMNet  secara  terus  perlu
                                        mendapat kelulusan daripada PTMK.

                                v.      Pelayan komputer  untuk  kegunaan lain (contoh kafe  siber)
                                        tidak  dibenarkan  menggunakan  rangkaian  UPNMNet  untuk
                                        mengelakkan gangguan pada rangkaian.

                                vi.     Pengguna tidak dibenarkan mengubah sama sekali alamat IP
                                        kecuali mendapat kelulusan PTMK.

                                vii.    Log  masuk  dan  kata  laluan  untuk  ID  root  dan  super-user
                                        adalah  di  bawah  kawalan  dan  tanggungjawab  pentadbir
                                        sistem dan pentadbir rangkaian sepenuhnya.

                 4.4    RANGKAIAN UPNMNet

                        4.4.1   Hak Milik Rangkaian UPNMNet

                                Semua sumber rangkaian komputer yang diperolehi untuk/bagi pihak
                                UPNM adalah menjadi hak milik UPNM.

                        4.4.2   Perolehan Rangkaian UPNMNet

                                Semua perolehan sumber rangkaian hendaklah  mengikut Prosedur
                                Perolehan Perkakasan ICT (Rujuk 3.4.2).

                        4.4.3   Kemudahan Rangkaian UPNMNet

                                i.      Pengguna  tidak  dibenarkan  dalam  apa  bentuk  sekali  pun
                                        mengganggu  lain-lain  pengguna  UPNMNet,  Internet  dan
                                        sebarang  rangkaian  yang  lain  termasuk  tetapi tidak  terhad
                                        kepada  menghantar  maklumat  rambang  secara  mel
                                        elektronik (spam) atau mesej dalam talian (online messaging);

                                ii.     Pengguna tidak  boleh  memberi maklumat  rangkaian  yang
                                        diberi  kepadanya  untuk  diguna  oleh  orang  lain  walaupun
                                        kepada pelajar  atau  staf  UPNM  tanpa  mendapat  kelulusan
                                        pentadbir rangkaian;

                                iii.    Pengguna  bertanggungjawab  sepenuhnya  terhadap  semua
                                        aktiviti  yang  dilakukannya  termasuk  tetapi  tidak  terhad
                                        kepada komputer  atau komputer riba  yang  melibatkan  atau
                                        melalui  UPNMNet  termasuk  capaian  ke  Internet  dan



                                                                                                       27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32