Page 25 - DASAR ICT
P. 25
DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
4.1 OBJEKTIF
Menentukan penyediaan, penggunaan, keselamatan dan pengoperasian
bagi pelayan komputer, perisian aplikasi dan data serta perkhidmatan
rangkaian (UPNMNet).
4.2 SKOP
4.2.1 Sistem Pelayan Komputer
Merangkumi semua (perkakasan dan perisian aplikasi) yang
disediakan untuk perkhidmatan pengguna UPNM. Ini termasuk
pelayan aplikasi, pelayan operasi rangkaian, pelayan kegunaan
setempat (domain, fail, mel elektronik) dan pelayan-pelayan lain yang
terdapat dalam sistem rangkaian UPNM.
4.2.2 Perisian Aplikasi
Merangkumi semua perisian aplikasi yang dibeli atau dibangunkan
secara dalaman untuk perkhidmatan pengguna UPNM.
4.2.3 Data
i. Data yang disimpan di dalam pelayan komputer hanya boleh
dicapai oleh pengguna yang dibenarkan.
ii. Data yang disimpan di dalam pelayan komputer untuk perisian
aplikasi adalah kepunyaan pemilik data.
iii. Data yang disimpan di dalam pelayan kegunaan setempat
adalah kepunyaan pemilik data yang berkenaan.
4.2.4 Perkhidmatan UPNMNet
i. Sumber rangkaian kampus UPNM merangkumi peralatan
rangkaian termasuk tetapi tidak terhad kepada peralatan
rangkaian seperti tembok api (firewall), DNS, penghala
(router) dan suis (switch).
ii. Perisian aplikasi rangkaian merangkumi perisian sama ada
dibeli atau dimuat turun secara sah daripada Internet seperti
mel elektronik, pelayar web dan lain-lain.
25