Page 20 - DASAR ICT
P. 20

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                vi.     Staf  Pengurusan  dan  Profesional  layak  mendapat  satu  (1)
                                        unit komputer peribadi untuk setiap seorang. Sekiranya tamat
                                        tempoh  pelantikan  atau  ditempatkan  semula  ke  PTj  lain,
                                        komputer  peribadi  tersebut  hendaklah  dikekalkan  di  lokasi
                                        yang berkenaan.

                                vii.    Staf Sokongan I dan II (Gred 1-40) layak diberi satu (1) unit
                                        komputer  peribadi  berdasarkan  keperluan  kerja  yang
                                        ditentukan  oleh  Ketua  PTj  yang  telah  dinilai  keperluannya
                                        oleh  PTMK.  Sekiranya  tamat  tempoh  pelantikan  atau
                                        ditempatkan semula ke PTj lain, komputer peribadi  tersebut
                                        hendaklah dikekalkan di lokasi yang berkenaan.

                                viii.   Staf  yang  tamat  perkhidmatan  termasuk  tetapi  tidak  terhad
                                        kepada  bersara  atau  meletak  jawatan,  dipinjamkan,  bercuti
                                        belajar dalam atau luar negara (staf bukan akademik), perlu
                                        memulangkan  perkakasan  di  bawah  tanggungjawabnya
                                        kepada  PTMK  selewat-lewatnya  satu  (1)  minggu  sebelum
                                        tarikh berkaitan.

                                ix.     Semua  penerima  peralatan  ICT  adalah  bertanggungjawab
                                        sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan yang diberikan.

                        3.4.4   Penggantian Komputer

                                i.      Komputer  yang  telah  berusia  lima  (5)  tahun  akan  diganti
                                        tertakluk  kepada  adanya  peruntukan  dan  komputer  asal
                                        dikembalikan ke PTMK bagi tujuan pelupusan aset.

                                ii.     Setiap kehilangan, kerosakan atau kemusnahan perkakasan
                                        ICT perlu dilaporkan kepada PTMK dengan segera.

                        3.4.5   Peminjaman Perkakasan ICT

                                i.      Semua  peminjaman  perkakasan  ICT  hendaklah  mengikut
                                        Garis Panduan  Penggunaan  Peralatan  dan  Perkakasan  ICT
                                        UPNM.

                                ii.     Setiap  PTj  yang  menyediakan  peminjaman  perkakasan  ICT
                                        perlu  merekod  maklumat  berkaitan  peminjaman  dan
                                        pemulangan.






                                                                                                       20
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25