Page 16 - DASAR ICT
P. 16
DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
3.1 OBJEKTIF
Menentukan tanggungjawab pengguna dan pihak UPNM di dalam perkara
yang berhubung dengan sumber ICT UPNM.
3.2 SKOP
Merangkumi semua sumber ICT yang diperolehi atau dibangunkan oleh
UPNM yang berada dalam simpanan pengguna.
3.3 PERISIAN DAN APLIKASI
3.3.1 Hak Milik
i. Semua perisian dan aplikasi yang diperolehi oleh pihak UPNM
untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan atau
pengurusan adalah menjadi hak milik UPNM.
ii. Bagi perisian dan aplikasi yang dibangunkan, maklumat
berkenaan semua pengarang atau pencipta mestilah
dikekalkan.
iii. Semua perisian dan aplikasi yang dibangunkan oleh staf atau
pelajar UPNM menjadi hak milik UPNM dan tidak boleh dijual,
disewa, dilesenkan semula, dipinjam, disalin semula, disebar
atau diberi kepada sesiapa atau entiti tanpa kebenaran
Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT).
3.3.2 Perolehan Perisian Aplikasi
i. Semua perolehan perisian aplikasi yang bernilai RM50,000
atau lebih hendaklah mengikut prosedur perolehan UPNM dan
diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) UPNM.
ii. Semua perolehan perisian aplikasi untuk kegunaan
pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan (mengikut
kesesuaian) perlu menggunakan perisian yang sah, versi
terkini dan menggunakan lesen yang bersesuaian untuk
kegunaan akademik.
iii. Penggunaan perisian adalah tertakluk kepada terma dan
syarat penggunaan yang ditetapkan oleh pihak PTMK,
pembekal atau pembangun perisian aplikasi.
16