Page 12 - DASAR ICT
P. 12

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                                v.      Pengarah  PTMK  dilantik  menganggotai  Ahli  Mesyuarat
                                        Pengurusan Universiti (MPU); dan

                                vi.     PTMK  akan mengendalikan mesyuarat  berkenaan  keperluan
                                        ICT dari semasa ke semasa.

                        2.3.3   Fungsi  dan  Peranan  Jawatankuasa  Keselamatan  ICT  (UPNM
                                GCERT) adalah seperti berikut.

                                i.      Jawatankuasa  ini ditubuhkan untuk merancang  pelaksanaan,
                                        pemantauan,  penguatkuasaan  serta  pengemaskinian  Dasar
                                        Keselamatan ICT UPNM;

                                ii.     Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Keselamatan
                                        ICT  (ICTSO) yang terdiri daripada ahli-ahli tetap dan keahlian
                                        lain yang dilantik sekiranya perlu; dan

                                iii.    Jawatankuasa akan mengadakan mesyuarat sekiranya perlu.

                 2.4    PEMBANGUNAN ICT

                        2.4.1   Perancangan ICT

                                i.      Perancangan ICT hendaklah selaras dengan Pelan Strategik
                                        UPNM 2012-2015 (Semakan) dan Pelan Strategik ICT Sektor
                                        Awam 2011-2015.

                                ii.     Perancangan ICT hendaklah memenuhi fungsi dan keperluan
                                        universiti  dalam  pengajaran,  pembelajaran,  penyelidikan,
                                        perundingan, pentadbiran dan pengurusan UPNM.

                                iii.    Perancangan  hendaklah  mematuhi  Akta,  Dasar,  Peraturan
                                        dan  Garis  Panduan  yang  ditentukan  oleh  pihak  Kerajaan
                                        Malaysia.

                        2.4.2   Perolehan ICT

                                i.      Semua  perolehan  hendaklah  mematuhi  Prosedur  Perolehan
                                        UPNM yang berdasarkan prosedur Perbendaharaan Kerajaan
                                        kecuali bagi kes-kes tertentu dengan mendapat perakuan atau
                                        kelulusan khas daripada Bendahari UPNM.




                                                                                                       12
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17