Page 17 - DASAR ICT
P. 17
DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
iv. Pengguna adalah tidak dibenarkan memasang perisian yang
tidak sah. UPNM tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang perolehan dan penggunaan perisian tanpa lesen
oleh pengguna.
v. UPNM bertanggungjawab melaksanakan peningkatan dan
naik taraf perisian dan aplikasi bagi memastikan versi yang
terkini diguna pakai (mengikut kesesuaian).
vi. Pihak PTMK akan bertanggungjawab menyediakan
perkhidmatan penyelenggaraan bagi aplikasi yang diperolehi
dan yang dibangunkan oleh PTMK.
vii. UPNM menggalakkan penggunaan aplikasi dan perisian
sumber terbuka (Open Source Software).
3.3.3 Tanggungjawab Pengguna
i. Semua pengguna secara peribadi bertanggungjawab untuk
membaca, memahami dan mematuhi peraturan dan
pelesenan bagi setiap perisian aplikasi yang digunakan.
ii. Semua pengguna adalah tidak dibenarkan untuk membuang
perisian dan aplikasi yang telah dipasang dalam peralatan ICT
yang telah dibekalkan.
iii. Semua pengguna tidak dibenarkan memuat turun
(download), membuat pemasangan (install) dan mengguna
perisian dan aplikasi yang boleh mendatangkan kemudaratan
dan kerosakan kepada komputer dan rangkaian UPNMNet
misalnya perisian Peer-to-Peer (P2P) dan seumpamanya.
iv. Semua pengguna tidak dibenarkan menyebar sebarang
perisian aplikasi yang tidak sah.
v. Sebarang perisian dan aplikasi tidak dibenarkan untuk
dipasang kecuali untuk tujuan akademik dan penyelidikan dan
perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak
PTMK.
vi. Sebarang kerosakan perisian dan aplikasi hendaklah
dilaporkan kepada pihak PTMK kecuali yang diperolehi
17