Page 18 - DASAR ICT
P. 18

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                        melalui PTj di mana ia menjadi tanggungjawab PTj berkaitan
                                        untuk melaporkan kepada pihak berkenaan (pembekal).

                                vii.    Sebarang  bentuk  permainan  komputer  oleh  pengguna  tidak
                                        dibenarkan kecuali untuk tujuan akademik  dan penyelidikan
                                        setelah mendapat kelulusan daripada Ketua PTj berkenaan.

                 3.4    PERKAKASAN

                        3.4.1   Hak Milik

                                i.      Semua perkakasan yang diperolehi untuk pihak UPNM atau
                                        semua  perkakasan  yang  dicipta  atau  dipasang  mengguna
                                        peruntukan UPNM oleh staf atau pelajar adalah menjadi hak
                                        milik UPNM.

                                ii.     Bagi  perkakasan  yang  dicipta,  maklumat  tentang  semua
                                        pencipta asal mestilah dikekalkan.

                                iii.    Perkakasan tersebut tidak dibenarkan dijual, disewa, dipaten,
                                        dipinjam, disebar atau diberi kepada sesiapa atau entiti tanpa
                                        kebenaran UPNM.

                        3.4.2   Perolehan Perkakasan ICT

                                Semua  perolehan  perkakasan  hendaklah  mengikut  prosedur
                                perolehan universiti seperti berikut.

                                i.      Spesifikasi  dan  perolehan  perkakasan  ICT  hendaklah
                                        diperakukan  oleh  Jawatankuasa Pemandu ICT  (JPICT) bagi
                                        memastikan  piawaian  dan  keseragaman  dari  segi  teknologi
                                        dan keperluan semasa universiti;

                                ii.     Bagi  permohonan  projek  perkakasan  ICT,  perkara-perkara
                                        berikut perlulah dipatuhi.

                                        -      Perolehan  perkakasan  ICT  bernilai  RM500,000  atau
                                               lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal daripada
                                               Kementerian Pendidikan Malaysia;

                                        -      Perolehan  perkakasan  ICT  bernilai  RM50,000  dan
                                               kurang  daripada  RM500,000  hendaklah  mendapat
                                               kelulusan teknikal daripada JPICT UPNM;



                                                                                                       18
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23