Page 22 - DASAR ICT
P. 22

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                v.      Penyelenggaraan pencegahan peralatan komputer di makmal
                                        hendaklah dilakukan  oleh  Juruteknik  Komputer  PTj  dua  (2)
                                        kali setahun dan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada
                                        PTMK.

                        3.4.7   Pelupusan Perkakasan ICT

                                i.      Semua perkakasan ICT yang didapati tidak sesuai dinaik taraf
                                        atau  kos penyelenggaraan  yang  tinggi  hendaklah  dicadang
                                        untuk  dilupuskan  mengikut  Prosedur  Pelupusan  (rujuk
                                        Pekeliling  Bendahari  Bilangan  1  Tahun  2012).  Bagi
                                        perkakasan  yang  dibekalkan  oleh  PTMK,  PTMK  akan
                                        membuat  cadangan  pelupusan  kepada  Jawatankuasa
                                        Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) sebelum dimajukan
                                        kepada Urus Setia Pelupusan Aset Universiti.

                                ii.     Bagi perkakasan ICT yang dibeli oleh PTj termasuk daripada
                                        geran penyelidikan, PTj akan membuat cadangan pelupusan
                                        kepada Urus Setia Pelupusan Aset Universiti.

                                iii.    PTMK  hendaklah  membuat  semakan  dan  pengesahan
                                        pelupusan  aset  ICT  kepada  Jawatankuasa  Pelupusan  Aset
                                        Universiti; dan

                                iv.     Mana-mana  perkakasan  yang  dilupuskan  akan  disyorkan
                                        penggantian  baharu  oleh  PTMK  atau  PTj  tertakluk  kepada
                                        peruntukan universiti.

                        3.4.8   Tanggungjawab Pengguna

                                i.      Pengguna tidak berhak mengubah spesifikasi dan komponen
                                        asal perkakasan di bawah kawalannya yang dibekalkan oleh
                                        UPNM  seperti  menaik  taraf  RAM  dan  sebagainya  kecuali
                                        dengan kebenaran PTMK.

                                ii.     Pengguna  tidak  berhak  mengganggu  dengan  apa  cara
                                        sekalipun  perkakasan  yang  bukan  berada  di  bawah
                                        kawalannya. Ini termasuk mengguna atau mengambil  tanpa
                                        kebenaran,  menceroboh  dan  mencuri  perkakasan  atau
                                        komponen-komponennya.

                                iii.    Sebarang penggunaan secara perkongsian (sharing) adalah
                                        menjadi tanggungjawab bersama semua pengguna terbabit.



                                                                                                       22
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27