Page 26 - DASAR ICT
P. 26

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                iii.    Konfigurasi  rangkaian  merangkumi penyediaan  (setup),  reka
                                        bentuk  bagi  penggunaan  alamat  IP  dan  teknologi  serta
                                        protokol rangkaian  yang  digunakan  seperti  protokol  TCP/IP
                                        dan lain-lain.

                 4.3    PELAYAN KOMPUTER

                        4.3.1   Hak Milik Pelayan

                                Semua pelayan komputer yang diperolehi untuk/bagi pihak universiti
                                adalah menjadi hak milik UPNM.

                        4.3.2   Perolehan Pelayan

                                Semua  perolehan  hendaklah  mengikut  Prosedur  Perolehan
                                Perkakasan ICT (Rujuk 3.4.2).

                        4.3.3   Konfigurasi dan Operasi

                                i.      Semua  pelayan  komputer  untuk  kegunaan  dalaman  akan
                                        diberi alamat  IP  statik  persendirian.  Alamat  IP  awam  boleh
                                        dipertimbangkan  oleh  pentadbir  rangkaian  bagi  keperluan
                                        capaian Internet.

                                ii.     Semua pelayan komputer perlu didaftarkan dengan PTMK dan
                                        menyatakan  dengan  jelas  fungsi  pelaya  tersebut.  Ia  perlu
                                        berada  di  dalam  domain  UPNM.  Bagi  tujuan  keselamatan,
                                        semua pelayan komputer untuk capaian luar (public access),
                                        perlu ditempatkan di Pusat Data PTMK.

                                iii.    Pentadbir sistem dan pentadbir rangkaian perlu memastikan
                                        keselamatan  pelayan  daripada  pencerobohan.  Ini  termasuk
                                        tetapi  tidak  terhad  kepada  membuat  pemeriksaan  ke  atas
                                        proses tersembunyi, daemons, mengemaskini perisian operasi
                                        dan  patches  serta  mengenal  pasti  tahap  capaian  pengguna
                                        dan penggunaan pelayan komputer.

                                iv.     Pelayan komputer yang digunakan untuk tujuan penyelidikan
                                        menggunakan  jalur  lebar  rangkaian  secara  intensif  (high
                                        bandwidth  usage)  perlu  ditempatkan  dalam  rangkaian
                                        persendirian  yang  dipisahkan  daripada  UPNMNet  melalui
                                        penggunaan switch/router untuk mengelak gangguan daripada
                                        rangkaian  utama.  Sebarang  ujian  yang  memerlukan



                                                                                                       26
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31