Page 28 - DASAR ICT
P. 28

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                        rangkaian-rangkaian yang lain; dan

                                iv.     Mana-mana  komputer  yang  menjadi  sumber  ancaman  kod
                                        hasad  (malicious  code)  seperti  penyebaran  virus,  trojan,
                                        cecacing dan lain-lain akan disekat capaiannya ke UPNMNet
                                        oleh  pentadbir  rangkaian.  Perkhidmatan  capaian  komputer
                                        tersebut  akan  ditutup sehingga  komputer  tersebut  disahkan
                                        bebas dari ancaman tersebut.

                 4.5    PENYAMBUNGAN RANGKAIAN UPNMNet

                        i.     Kelulusan  dari  PTMK  perlu  diperolehi  untuk  sebarang  perkhidmatan
                               penyambungan  ke UPNMNet. Konfigurasi penyambungan hendaklah
                               dibuat  oleh pembekal  di  bawah  pengawasan dan kawalan  pentadbir
                               rangkaian;

                        ii.    Sebarang  penyambungan  rangkaian  ke  UPNMNet  yang  tidak
                               mendapat kebenaran dari PTMK adalah menyalahi peraturan. PTMK
                               berhak memutuskan penyambungan tersebut. Tindakan susulan boleh
                               diambil ke atas pengguna atas nasihat UPNM;

                        iii.   Penyambungan  Rangkaian  Antara  Kampus  (CAN)  dan  Rangkaian
                               Kawasan  Luas  (WAN)  tidak  boleh  dilakukan  oleh  pengguna  tanpa
                               mendapat kelulusan daripada UPNM;

                        iv.    Setiap  bangunan  baharu  yang  akan  dibina  perlu  memasukkan
                               keperluan  infrastruktur  rangkaian  yang  ditentukan  bersama  oleh
                               pengguna,  PTMK dan Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan
                               (JPP). Kos pemasangan  infrastruktur rangkaian  perlu  dimasukkan
                               dalam kos peruntukan pembinaan bangunan;

                        v.     Setiap kerja ubah suai atau tambahan bangunan, ruang atau pejabat
                               yang memerlukan keperluan  rangkaian,  maka pihak  JPP  dan  PTMK
                               hendaklah dimaklumkan bagi tujuan nasihat dan teknikal;

                        vi.    Penyediaan/pemasangan  mana-mana  rangkaian  selain  daripada
                               UPNMNet perlu mendapat kelulusan daripada PTMK; dan

                        vii.   Kerja-kerja  rangkaian  perlu  mendapat  pengesahan  dan  kelulusan
                               daripada PTMK sebelum pembayaran boleh dibuat kepada pembekal
                               yang dilantik.





                                                                                                       28
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33