Page 23 - DASAR ICT
P. 23
DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
iv. Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera kepada
PTMK sekiranya perkakasan tersebut rosak atau tidak
berfungsi untuk tujuan pembaikan melalui saluran yang
disediakan.
v. Pengguna hendaklah melaporkan dengan segera secara
bertulis kepada UPNM sekiranya perkakasan tersebut hilang
atau dicuri dan membuat laporan berdasarkan prosedur atau
pekeliling sedia ada.
vi. Setiap laporan kehilangan atau kecurian perkakasan ICT
hendaklah disertakan sekali dengan laporan polis.
23