Page 21 - DASAR ICT
P. 21

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                iii.    Peminjam       bertanggungjawab        sepenuhnya       terhadap
                                        keselamatan peralatan yang dipinjam.

                                iv.     Peminjam  perlu  melaporkan  dengan  segera  secara  bertulis
                                        sekiranya  berlaku  kerosakan  atau  kehilangan  perkakasan
                                        yang  dipinjam  kepada  Ketua  PTj  berkenaan  untuk  diambil
                                        tindakan yang sesuai.

                                v.      Peminjam  perlu  memulangkan  perkakasan  yang  dipinjam
                                        dalam keadaan baik, berfungsi  dan  dalam set  lengkap  pada
                                        tarikh dan masa pemulangan yang ditetapkan.

                                vi.     Pinjaman  adalah  tertakluk  kepada  kelulusan  Ketua  PTj
                                        berkenaan.

                                vii.    Peminjam  dalam  kalangan  pelajar  hendaklah  melalui
                                        pensyarah  atau  Ketua  PTj.  Perkakasan  tersebut  adalah  di
                                        bawah tanggungjawab pensyarah atau pegawai berkenaan.

                        3.4.6   Baik Pulih dan Penyenggaraan Perkakasan ICT

                                i.      Semua baik pulih dan penyenggaraan perkakasan hendaklah
                                        mengikut  Garis  Panduan  Penggunaan  Peralatan  dan
                                        Perkakasan ICT UPNM.

                                ii.     Bagi kerosakan perkakasan yang dibekalkan oleh PTMK, PTj
                                        dikehendaki membuat  aduan  kepada  PTMK  melalui  borang
                                        aduan     yang     disediakan.     Urusan     pembaikan       dan
                                        penyenggaraan akan diurus oleh PTMK.

                                iii.    Bagi  kerosakan  perkakasan  ICT  yang  dibeli  oleh  PTj atau
                                        melalui  geran  penyelidikan,  PTj  diminta  membuat  aduan
                                        kepada  PTMK  untuk  tujuan  pemeriksaan  dan  pengesahan
                                        kerosakan.  Sekiranya  masih  dalam  tempoh  jaminan,  PTj
                                        dikehendaki menghubungi pembekal untuk tujuan pembaikan.
                                        Sekiranya     tamat    tempoh  jaminan,        pembaikan      dan
                                        penyelenggaraan  akan  diuruskan  oleh  PTj  dan  jika  perlu
                                        boleh mendapatkan khidmat  nasihat teknikal daripada PTMK.
                                iv.     PTMK      menyediakan        perkhidmatan      penyelenggaraan
                                        pencegahan  untuk  semua  PTj  (tidak  termasuk  peralatan
                                        komputer  di  makmal  dan  PTj  yang  mempunyai  Juruteknik
                                        Komputer) sekurang-kurangnya sekali setahun.




                                                                                                       21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26