Page 19 - DASAR ICT
P. 19

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                                        -      Perolehan  perkakasan  ICT  bernilai  kurang  daripada
                                               RM50,000 hendaklah mendapat kelulusan daripada PTj
                                               masing-masing; dan

                                        -      PTj  hendaklah  memastikan  supaya  mekanisme
                                               pemantauan         pelaksanaan        perolehan        ICT
                                               diperkemaskan  supaya  perolehan  yang  dibuat  adalah
                                               berdasarkan  kepada  keperluan  sebenar  dan  dengan
                                               perbelanjaan     yang    berhemah       serta   mematuhi
                                               peraturan-peraturan semasa yang berkaitan.

                        3.4.3   Pengagihan Perkakasan ICT

                                i.      Semua  pengagihan  perkakasan  ICT  hendaklah  mengikut
                                        Garis  Panduan  Penggunaan Peralatan  dan Perkakasan  ICT
                                        UPNM.

                                ii.     Staf akademik dan Guru Bahasa layak mendapat satu (1) unit
                                        komputer  riba  setiap  seorang.  Mereka  bertanggungjawab
                                        menyerahkan  komputer  riba  kepada  PTMK  sebelum
                                        memulakan cuti belajar sama ada di dalam atau di luar UPNM.

                                iii.    Pensyarah  sama  ada  Kontrak  atau  Sementara  atau
                                        Pensyarah Tamu layak mendapat satu (1) unit komputer riba
                                        setiap seorang dan mereka bertanggungjawab menyerahkan
                                        komputer  riba  kepada  PTMK  selewat-lewatnya  satu  (1)
                                        minggu sebelum tamat tempoh perkhidmatan.

                                iv.     Pensyarah Muda atau Tutor juga layak mendapat satu (1) unit
                                        komputer peribadi atau satu (1) unit komputer riba (tertakluk
                                        kepada       peruntukan)       setiap      seorang.       Mereka
                                        bertanggungjawab  menyerahkan  komputer  peribadi  atau
                                        komputer  riba  kepada  PTMK  selewat-lewatnya  satu  (1)
                                        minggu sebelum memulakan cuti belajar.

                                v.      Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah dan
                                        Ketua Jabatan juga layak  mendapat satu  (1)  unit  komputer
                                        peribadi  untuk  kegunaan  pentadbiran  di  lokasi  yang
                                        ditetapkan  (contoh:  Bilik  Dekan  atau  Bilik  Pengarah).
                                        Sekiranya  tamat  tempoh  pelantikan,  komputer  peribadi
                                        tersebut hendaklah dikekalkan di lokasi yang berkenaan.




                                                                                                       19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24