Page 13 - DASAR ICT
P. 13

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                ii.     Perolehan  hendaklah  memenuhi  keperluan  teknologi  terkini
                                        dengan      mendapat       perakuan      spesifikasi    daripada
                                        Jawatankuasa Penilaian Spesifikasi Teknikal UPNM.

                                iii.    Semua  perisian  aplikasi,  perisian  sistem  dan  sistem
                                        pengendalian  yang  diperolehi  hendaklah  mempunyai  lesen
                                        yang sah.

                                iv.     Semua  pembangunan  atau  perolehan  sistem  aplikasi
                                        hendaklah  dibuat  melalui  Jawatankuasa  Pemandu  ICT
                                        (JPICT) bagi menjamin kualiti dan keselamatan sistem.

                        2.4.3   Pemasangan dan Penyelenggaraan

                                i.      Semua  pemasangan  atau  penyelenggaraan  perkakasan dan
                                        perisian  daripada  perolehan  PTMK  dilakukan  di  bawah
                                        penyeliaan PTMK.

                                ii.     Semua  perolehan,  pemasangan  atau  penyelenggaraan
                                        perkakasan  dan  perisian  daripada  PTj  yang  lain  akan
                                        dilakukan  di  bawah  penyeliaan  PTj  tersebut.  PTj  boleh
                                        memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat teknikal PTMK
                                        untuk perolehan, pemasangan dan penyelenggaraan.

                        2.4.4   Naik Taraf atau Pelupusan

                                i.      Semua  naik  taraf  perkakasan  dan  perisian  yang  bernilai
                                        RM50,000  atau  lebih  hendaklah  mendapat  kelulusan
                                        Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT).

                                ii.     Perkakasan  yang  tidak  berkeupayaan,  yang  tidak  boleh  lagi
                                        digunakan (obsolete) dan/atau tidak sesuai untuk dinaik taraf
                                        atau  diperbaiki  boleh dicadang  untuk  pelupusan  mengikut
                                        Prosedur Pelupusan Universiti seperti yang ditetapkan dalam
                                        prosedur Jabatan Bendahari.

                        2.4.5   Pembangunan Kemahiran ICT UPNM

                                i.      Keperluan  sumber  manusia  yang  secukupnya  akan
                                        dibangunkan bagi menyokong keperluan ICT UPNM.

                                ii.     PTMK akan merancang, menyedia dan melaksanakan kursus-
                                        kursus kemahiran ICT bagi meningkatkan  pengetahuan dan



                                                                                                       13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18