Page 38 - DASAR ICT
P. 38

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                 6.5    CAPAIAN INTERNET DAN INTRANET

                        i.     UPNM  berhak  menyedia  dan  memasang  perkakasan  dan  perisian
                               penapisan isi kandungan Internet dan Intranet.

                        ii.    Laman  web  yang  boleh  dilayari,  dilanggan  dan  diguna  adalah
                               berbentuk akademik dan pengetahuan.  Laman  web  yang  berbentuk
                               keganasan, lucah, hasutan dan yang boleh menimbul atau membawa
                               kepada keganasan,  keruntuhan  akhlak  dan  kebencian  adalah  tidak
                               dibenarkan  sama  sekali,  kecuali  mendapat  keizinan  daripada  PTMK
                               melalui sokongan  Ketua  Jabatan  bagi  tujuan  akademik, penyelidikan
                               atau pentadbiran.

                        iii.   Capaian  laman  web  yang  berbentuk  hiburan  tidak  dibenarkan  di
                               waktu pejabat, termasuk tetapi tidak terhad kepada laman web sosial,
                               permainan dalam talian, radio dalam talian dan video streaming yang
                               membebankan rangkaian UPNMNet.

                        iv.    Melayari  Internet  tanpa  tujuan  atau  meninggalkan  capaian  Internet
                               unattended  adalah  amat  tidak  beretika  dan  tidak  digalakkan  kerana
                               ianya boleh menyebabkan kesesakan rangkaian UPNMNet.

                        v.     UPNM  berhak  menapis,  menghalang  dan  melarang  penggunaan
                               mana-mana laman web yang dianggap tidak sesuai.

                        vi.    Pengguna dilarang mengganggu atau menceroboh laman web mana-
                               mana jabatan, organisasi atau negara.

                        vii.   Pengguna  dilarang  memasuk,  menyalin,  menciplak,  mencetak  dan
                               menyebarkan maklumat  daripada Internet yang  menyalahi  undang-
                               undang negara.

                        viii.   Chatting adalah tidak digalakkan kecuali untuk tujuan rasmi.

                        ix.    Pengguna tidak dibenarkan menggunakan sumber ICT UPNM  untuk
                               mendapat  atau  cuba  mendapat  capaian  tidak  sah  (unauthorised
                               access) kepada mana-mana sistem komputer sama ada di dalam atau
                               di  luar UPNM. Ini termasuk membantu, mendorong, menyembunyikan
                               percubaan  untuk  mencapai  sistem-sistem  komputer  tersebut  atau
                               mencapai sumber ICT UPNM dengan menggunakan identiti pengguna
                               yang lain.
                        x.     Pengguna  tidak  dibenar  mencapai  atau  cuba  mencapai  sumber
                               elektronik  (data,  paparan,  keystrokes,  fail  atau  media  storan)  dalam



                                                                                                       38
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43