Page 42 - DASAR ICT
P. 42

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                               melanggar Dasar ICT UPNM. Segala maklumat yang direkodkan boleh
                               digunakan  sebagai  bukti  audit.  Sekiranya  pelanggaran  Dasar  ICT
                               UPNM  tersebut  serius  seperti menggunakan  identiti  pengguna lain
                               untuk mencuri data atau merosakkan sumber ICT, maka  bukti- bukti
                               yang  dikumpul  akan  dimajukan  kepada  Jawatankuasa  Keselamatan
                               ICT UPNM.

                        iv.    Pengurus Maklumat berhak membuat salinan sama ada dalam bentuk
                               bercetak  atau  digital  kesemua  atau  sebahagian  kandungan akaun
                               pengguna sebagai  pemeliharaan  bukti.  Pengurus  maklumat dengan
                               kebenaran  UPNM  boleh  mencapai  maklumat  rahsia  atau  sulit
                               pengguna yang disyaki.

                        v.     Pentadbir  sistem  dan  pentadbir  rangkaian  berhak  untuk  memantau
                               dan merekodkan  data-data  yang  berada  dalam  rangkaian  sebagai
                               sebahagian  daripada  rutin  keselamatan  sumber  ICT.  Peralatan
                               rangkaian seperti router, firewall, mail filter, Internet security gateway
                               atau  sistem  pelayan  komputer  yang  menggunakan  perisian-perisian
                               tertentu  boleh  digunakan  untuk  merekodkan  data-data  dalam
                               rangkaian.  Data-data  yang  direkodkan  ini  tidak  akan  didedahkan
                               melainkan jika berlaku kejadian pelanggaran Dasar ICT UPNM.

                 7.4    PENGURUSAN MAKLUMAT RAHSIA ATAU SULIT

                        7.4.1   Syarat Pengambilan Maklumat Rahsia atau Sulit Pengguna

                                i.      Semua  pengambilan  maklumat  rahsia  atau  sulit  pengguna
                                        hendaklah dinyatakan dengan jelas tujuan penggunaannya.

                                ii.     Maklumat rahsia atau sulit yang diambil daripada tuan punya
                                        maklumat  atau  diambil  daripada  pihak  ketiga,  mestilah
                                        mendapat kebenaran daripada tuan punya maklumat tersebut.

                                iii.    Tuan  punya  maklumat  hendaklah  diberitahu  atau  dimaklum
                                        untuk mengesahkan maklumat yang telah diambil.

                                iv.     Sebarang  perubahan  terhadap  maklumat  rahsia  atau  sulit
                                        pengguna harus mendapat kebenaran dan pengesahan tuan
                                        punya maklumat.








                                                                                                       42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47