Page 37 - DASAR ICT
P. 37

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                               a.    Staf  telah  menamatkan atau  ditamatkan  perkhidmatan  dengan
                                     UPNM secara rasmi;

                               b.    Pelajar yang telah tamat pengajian atau ditamatkan pengajiannya
                                     di UPNM secara rasmi; dan

                               c.    Persatuan yang telah dibubar secara rasmi oleh UPNM.

                 6.4    PEMBANGUNAN LAMAN WEB

                        i.     UPNM  bertanggungjawab  menyediakan  tapak  laman  web  (web
                               hosting) rasmi PTj, persatuan atau bagi aktiviti rasmi sahaja.

                        ii.    Ketua  PTj,  persatuan  atau  organisasi  adalah  bertanggungjawab
                               sepenuhnya terhadap semua kandungan, pengemaskinian kandungan
                               dan keselamatan laman web masing-masing. Pihak UPNM tidak akan
                               bertanggungjawab        terhadap       kandungan        dan      sebarang
                               penyalahgunaan hak cipta yang dilakukan. UPNM boleh mengehadkan
                               atau memansuhkan akses kepada tapak laman web tersebut.

                        iii.   Semua laman web PTj mesti mempunyai pautan (link) dengan laman
                               web  rasmi  UPNM.  UPNM  berhak  menukar  atau  mengubah  suai
                               kandungan laman web atas kepentingan UPNM.

                        iv.    UPNM  berhak  menentukan  perisian  pembangunan  laman  web  bagi
                               tujuan mengoptimumkan penggunaan, keseragaman dan keselamatan.

                        v.     Kandungan laman web mesti dipersembahkan dalam Bahasa Melayu
                               dan  Bahasa  Inggeris.  Penggunaan  bahasa  lain  perlu  mendapat
                               kelulusan daripada Jawatankuasa Laman Web UPNM (rujuk lampiran
                               Garis Panduan Laman Web UPNM).

                        vi.    Kandungan  laman  web  hendaklah  tidak  mengandungi  maklumat
                               atau terdedah kepada kemasukan maklumat yang menyalahi Undang-
                               undang atau  Peraturan  UPNM,  negeri  dan  Negara  termasuk  tetapi
                               tidak  terhad  kepada  maklumat  yang  berbentuk  keganasan,  lucah,
                               hasutan  dan  yang  boleh  menimbul  atau  membawa  kepada
                               keganasan, keruntuhan akhlak dan kebencian.

                        vii.   Semua laman web PTj, persatuan atau organisasi yang dibangunkan
                               sendiri  perlu  dimaklumkan  kepada  PTMK  dan  hendaklah  mematuhi
                               panduan yang ditetapkan.




                                                                                                       37
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42