Page 57 - DASAR ICT
P. 57

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                                     ii.   Pengguna  luar  perlu  mendapatkan  kebenaran  daripada
                                          Pengarah PTMK atau pegawai yang diberi kuasa sebelum
                                          membuat capaian ke rangkaian UPNMNet.

                                     iii.   Hanya  pengguna  yang  disahkan  sahaja  dibenarkan
                                          membuat capaian kepada sistem pengkomputeran UPNM.

                                     iv.   Perisian  pengintip  (sniffer)  atau  penganalisis  rangkaian
                                          (network analyser) tidak dibenar digunakan pada sebarang
                                          komputer pengguna kecuali  setelah mendapat  kebenaran
                                          daripada Pengarah PTMK atau pegawai yang diberi kuasa.
                                          Status komputer tersebut hendaklah disemak setiap tahun.

                 8.11  SAMBUNGAN DENGAN RANGKAIAN LAIN

                        8.11.1       Capaian Yang Tidak Digalakkan

                                     Capaian  berikut  adalah  tidak  digalakkan  kerana  dikhuatiri
                                     menjejaskan  keselamatan,  konfigurasi,  kebolehsediaan  dan
                                     prestasi rangkaian. Antaranya adalah seperti berikut.

                                     i.   Penggunaan  protokol  rangkaian  seperti  NetBIOS  dan
                                           IPX/SPX;

                                     ii.   Penggunaan  workgroup  kerana  menyokong  share-level
                                           security; dan

                                     iii.   Rangkaian P2P atau perisian yang seumpamanya.

                        8.11.2       Tembok Api (Firewall)

                                     i.   Tembok api menapis semua trafik rangkaian dari dalam ke
                                          luar UPNM dan sebaliknya mestilah melalui tembok api dan
                                          hanya  trafik  yang  disahkan  sahaja  dibenarkan  untuk
                                          melepasinya  berasaskan  kepada  Pengurusan  Rangkaian
                                          UPNMNet.

                                     ii.   Reka  bentuk  tembok  api  hendaklah  mengambil  kira
                                          perkara- perkara berikut.

                                          a.    Keperluan audit dan arkib;

                                          b.    Kebolehsediaan;


                                                                                                       57
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62