Page 2 - DASAR ICT
P. 2
DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
1.1 TUJUAN
Dasar ini menerangkan secara umum dasar penggunaan sumber-sumber
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terdapat di Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan diterima pakai sebagai Dasar
Umum. Mana-mana dasar terperinci atau spesifik untuk setiap sumber yang
disenaraikan adalah mengatasi Dasar Umum ini.
1.2 OBJEKTIF
Penggunaan ICT oleh warga UPNM dan pihak-pihak lain merupakan satu
peranan penting dalam mencapai visi dan misi UPNM. Dasar ini bertujuan
memastikan perkara-perkara berikut:
i. Warga UPNM dan pihak-pihak lain dimaklumkan tentang kewujudan
dan peranan Dasar ICT UPNM;
ii. Kemudahan ICT UPNM digunakan secara bijaksana mengikut dasar
yang ditetapkan;
iii. Tanggungjawab pengguna dan pihak-pihak lain dimaklumkan;
iv. Kerosakan, kemusnahan dan penyalahgunaan sumber ICT UPNM
dapat diminimumkan; dan
v. Keselamatan data UPNM adalah terjamin mengikut ciri-ciri kerahsiaan,
integriti dan kebolehsediaan.
1.3 SKOP
1.3.1 Sumber
Sumber ICT yang tersenarai di dalam dokumen ini dan sumber yang
tidak tersenarai tetapi dianggap sebagai sumber ICT oleh
Jawatankuasa Pemandu ICT, UPNM (JPICT) adalah juga tertakluk
kepada dasar ini.
1.3.2 Pengguna
Semua pengguna adalah tertakluk kepada Dasar ICT UPNM.
Pengguna yang sah tetapi menyalah guna dan sesiapa yang tidak
diberi kebenaran (penceroboh) boleh diambil tindakan yang
2