Page 6 - DASAR ICT
P. 6

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                        iii.   Kemudahan ICT yang disediakan  oleh  UPNM  hanya  boleh  digunakan
                              untuk tujuan yang berkaitan dengan fungsi UPNM. Penggunaan selain
                              daripada yang berkaitan dengan fungsi UPNM adalah tidak dibenarkan
                              seperti  untuk  tujuan  peribadi,  komersial,  hiburan,  politik  dan  hasad
                              (malicious);

                        iv.   Pengguna  yang  menggunakan  sumber  ICT  persendirian  yang
                              dibenarkan di dalam kampus juga tertakluk kepada dasar ini. Sebarang
                              penggunaan adalah  tertakluk kepada Dasar ICT UPNM dan undang-
                              undang negara;

                        v.    Setiap  pengguna  mesti  mematuhi  Dasar  ICT  UPNM  yang  ditetapkan
                              selaras  dengan  hasrat  UPNM  mewujudkan  pengguna  yang  beretika
                              dan menghormati hak pengguna yang lain;

                        vi.   UPNM bertanggungjawab memastikan pelaksanaan Dasar ICT UPNM
                              ke  atas  pengguna  selaras  dengan  penggunaan  kemudahan-
                              kemudahan di bawah kawalan Universiti;

                        vii.  Ketua-ketua  PTj  bertanggungjawab  memastikan  Dasar  ICT  UPNM
                              diamalkan selaras dengan kemudahan-kemudahan di bawah kawalan
                              dan pengurusannya; dan

                        viii.  Dasar ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
                              mengikut  keperluan.  UPNM  berhak  meminda,  membatal,  mengehad
                              dan  menambah  mana-mana  Dasar  ICT  UPNM  mengikut  kesesuaian
                              dan keperluan semasa.

                 1.6    PELANGGARAN DASAR

                        i.     Sebarang  pelanggaran  dasar  dan  peraturan  oleh  pengguna  yang
                               dikenal pasti oleh pihak PTMK akan disiasat dan laporan dibuat untuk
                               dikenakan tindakan selanjutnya oleh jawatankuasa berkenaan;

                        ii.    Sebarang aduan tentang pelanggaran dasar dan peraturan hendaklah
                               dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa Keselamatan ICT UPNM
                               untuk menyiasat dan menyediakan laporan untuk tindakan selanjutnya
                               oleh jawatankuasa berkenaan;

                        iii.   Tindakan pembetulan segera yang besesuaian akan diambil oleh pihak
                               PTMK sekiranya berlaku pelanggaran dasar dan peraturan; dan




                                                                                                         6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11