Page 3 - DASAR ICT
P. 3

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                                sewajarnya mengikut kesalahan yang dilakukan, sebagaimana yang
                                disebut dalam Dasar ICT UPNM dan Undang-Undang Malaysia.

                 1.4    DEFINISI

                        Definisi-definisi  berikut  digunakan  dalam  Penyataan  Dasar  yang  berkaitan
                        dengan penggunaan kemudahan ICT UPNM:

                        i.     “Aktiviti” atau “kegiatan yang dijalankan” merujuk kepada arahan
                               yang dijalankan  (run) atau keystrokes yang ditaip semasa pengguna
                               berinteraksi dengan sumber ICT yang disediakan oleh UPNM;

                        ii.    “Aplikasi”  bermaksud  atur  cara  yang  dibangunkan  untuk
                               melaksanakan tugas tertentu oleh komputer seperti Sistem Maklumat
                               Personel (SMP), Sistem Akademik Pelajar (SAP) dan sebagainya;

                        iii.   “CIO”  atau  Chief  Information  Officer  bermaksud  Ketua  Pegawai
                               Maklumat yang bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan,
                               penyelarasan dan pemantauan program ICT di UPNM;

                        iv.    “ICT”  bermaksud  Information  and  Communication  Technology
                               (Teknologi Maklumat dan Komunikasi);

                        v.     “ICTSO” atau ICT Security Officer bermaksud Pegawai Keselamatan
                               ICT yang bertanggungjawab ke atas keselamatan ICT di UPNM;

                        vi.    “Maklumat  Peribadi”  merujuk  kepada  data  atau  maklumat  tentang
                               seseorang  individu  termasuklah  nama,  tarikh  lahir,  nombor  kad
                               pengenalan, nombor staf dan sebagainya;

                        vii.   “Maklumat  Rahsia  atau  Sulit”  merujuk  kepada  maklumat  peribadi
                               dan  akaun pengguna  yang  merangkumi  segala  bentuk  data,  teks,
                               grafik, animasi, audio dan video dalam pelbagai format;

                        viii.   “MAMPU”  bermaksud  Unit  Pemodenan  Tadbiran  dan  Perancangan
                               Pengurusan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri;

                        ix.    “Pelajar’  bermaksud  seseorang  yang  mendaftar  sesuatu  program
                               akademik (sama  ada  sepenuh  atau  separuh  masa)  di  UPNM,  dan
                               berstatus aktif;








                                                                                                         3
   1   2   3   4   5   6   7   8