Page 4 - DASAR ICT
P. 4

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


                        x.     “Pelayan”  bermaksud  komputer  yang  mempunyai  keupayaan
                               pemprosesan tinggi yang memberi perkhidmatan berpusat seperti mel
                               elektronik, aplikasi, sistem, web dan sebagainya;

                        xi.    “Pengguna”  bermaksud  seorang  atau  kumpulan  orang  yang
                               dibenarkan  menggunakan  kemudahan  ICT  UPNM.  Setiap  pengguna
                               dikenal pasti melalui penggunaan identiti pengguna;

                        xii.   “Pengurus Maklumat” merujuk kepada seseorang yang dilantik dan
                               diberi  kuasa  (authority)  oleh  Universiti  untuk mengendali,  mengurus,
                               menyelenggara dan menjaga kerahsiaan dan keselamatan maklumat
                               Universiti;

                        xiii.   “Pemilik  Data”  merujuk  kepada  PTj  yang  bertanggungjawab
                               menguruskan sesuatu butir data atau maklumat termasuk tuan punya
                               maklumat;

                        xiv.  “Peralatan  Rangkaian”  bermaksud  peralatan  dan  komponen  yang
                               digunakan dalam sistem rangkaian UPNMNet seperti  firewall, router,
                               switch, access point (AP), hub dan sebagainya;

                        xv.    “Pentadbir Rangkaian" bermaksud pegawai yang bertanggungjawab
                               mengurus,  mengawal,  memantau  dan  menyelenggara  operasi  dan
                               keselamatan sistem rangkaian UPNMNet;

                        xvi.  “Pentadbir  Sistem"  bermaksud  pegawai  yang  bertanggungjawab
                               mengurus, mengawal,  memantau  dan  menyelenggara  operasi  dan
                               keselamatan sistem pelayan;

                        xvii.  “Perisian” bermaksud atur cara yang digunakan untuk melaksanakan
                               tugas  tertentu  oleh  komputer  seperti  perisian  aplikasi  (automasi
                               pejabat,  grafik  dan  sebagainya)  dan  perisian  sistem  (sistem
                               pengoperasian, pengkompil dan sebagainya);

                        xviii.  “Perkakasan”  bermaksud  peralatan  dan  komponen  ICT  seperti
                               komputer,  komputer  riba,  tablet,  persisian  (peripheral),  pencetak,
                               projektor LCD dan sebagainya;

                        xix.  “PTj”  bermaksud  Pusat  Tanggungjawab  yang  merangkumi  semua
                               Fakulti, Pusat, Pejabat, Institut,  Jabatan, Bahagian,  Seksyen dan Unit
                               di UPNM;

                        xx.    “PTMK” bermaksud Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi;



                                                                                                         4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9