Page 5 - DASAR ICT
P. 5

DASAR ICT UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA



                        xxi.  “Staf”  bermaksud  seseorang  yang  dilantik  oleh  UPNM  atau  badan-
                               badan lain di UPNM untuk menjawat jawatan sama ada sebagai staf
                               akademik atau staf bukan akademik sama ada secara tetap, pinjaman,
                               sambilan, kontrak dan sementara serta masih berkhidmat;

                        xxii.  “Storan  Pengguna”  merujuk  kepada  ruang  storan  yang  telah
                               diperuntukkan  kepada  setiap  pengguna  yang  sah  dalam  sesuatu
                               sistem atau sumber ICT;

                        xxiii.  “Sumber  ICT”  merangkumi  semua  kemudahan  ICT  termasuk  tetapi
                               tidak terhad kepada UPNMNet, sistem komputer peribadi dan terminal,
                               mel elektronik,  perkakasan,  storan  data, dan  perisian. Sumber ICT
                               tidak terhad kepada semua kemudahan yang disediakan oleh UPNM
                               secara  berpusat  dan  yang disediakan  oleh  Pusat  Tanggungjawab
                               (PTj), tetapi termasuk kemudahan yang dibeli, disewa, dipajak, dimiliki
                               atau dipinjamkan kepada UPNM;

                        xxiv.  “Tuan  Punya  Maklumat”  merujuk  kepada  seseorang  individu  yang
                               boleh dikenal pasti melalui maklumat peribadi yang ada;

                        xxv.  “UPNM” bermaksud Universiti Pertahanan Nasional Malaysia; dan

                        xxvi.  “UPNMNet” bermaksud infrastruktur rangkaian ICT UPNM yang terdiri
                               daripada Rangkaian Tulang Belakang (Backbone Network), Rangkaian
                               Kawasan  Setempat  (LAN)  dan  Rangkaian  Kawasan  Setempat
                               Wayarles (WLAN) serta rangkaian-rangkaian yang berkaitan.

                        xxvii.  “UPNM  CERT”  bermaksud  UPNM  Computer  Emergency  Response
                               Team.

                 1.5    DASAR AM UNIVERSITI

                        i.    UPNM  bertanggungjawab  menyediakan  kemudahan  ICT  untuk
                              kegunaan  staf akademik,  pentadbiran,  sokongan  dan  pelajar  bagi
                              menyokong fungsi Universiti;

                        ii.   Semua kemudahan dan perkhidmatan ICT yang disediakan oleh UPNM
                              adalah hak mutlak UPNM. Pengguna berdaftar diberikan keistimewaan
                              untuk menggunakan kemudahan tersebut berdasarkan keperluan tugas
                              dan     bukannya hak yang  diberikan kepada pengguna.            UPNM
                              berhak menarik balik kebenaran dan/atau kemudahan yang diberikan
                              pada bila-bila masa tanpa notis;



                                                                                                         5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10