Anugerah

Anugerah Akademik Negara (AAN)

Image
Anugerah Akademik Negara (AAN) adalah merupakan anugerah tertinggi tahunan yang merangkumi tujuh (7) kategori utama iaitu:
  1. Anugerah Tokoh Akademik Negara
  2. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal
  3. Anugerah Penerbitan Buku
  4. Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk
  5. Anugerah Seni dan Kreativiti
  6. Anugerah Pengajaran
  7. Anugerah Ahli Akademik Harapan

SYARAT UMUM
  1. Permohonan/pencalonan Anugerah Akademik Negara (AAN) dibuka hanya kepada ahli akademik warganegara Malaysia.

  2. Anugerah ini tidak akan diberikan kepada mana-mana individu secara anumerta (posthumous). Sekiranya terdapat pemenang yang meninggal dunia selepas penilaian, maka bahagian anugerah yang layak untuknya akan diberikan kepada warisnya.

  3. Permohonan bagi semua kategori AAN terbuka kepada ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa, atau berjawatan hakiki, di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia sepanjang tahun atau sebahagian daripada tahun yang dinilai kecuali Anugerah Tokoh Akademik Negara.

    (Institusi Pendidikan Tinggi merujuk kepada semua universiti/kolej universiti awam dan swasta, politeknik, dan kolej komuniti)

  4. Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.

  5. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan.

  6. Keputusan Jawatankuasa Induk AAN adalah muktamad.

PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN
  1. Permohonan/pencalonan hendaklah dikemukakan melalui Sistem Permohonan Anugerah Akademik Negara (AAN) menggunakan pautan http://spaan.mohe.gov.my.

  2. Permohonan/pencalonan hendaklah diperakukan secara dalam talian oleh Naib Canselor atau jawatan yang setaraf dengannya *. Sekiranya borang permohonan/pencalonan diperakukan oleh wakil/pemangkunya, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor atau jawatan yang setaraf dengannya* perlu disertakan.
    * Rektor / Presiden / Ketua Eksekutif

  3. Bagi permohonan/pencalonan Naib Canselor atau jawatan yang setaraf dengannya* perakuan hendaklah diberi oleh Pengerusi / Ahli Lembaga Pengarah Universiti.

  4. Calon boleh dicadangkan/dinamakan oleh mana-mana agensi luar. Namun, permohonan/pencalonan ini MESTI disalurkan melalui IPT serta mematuhi syarat-syarat permohonan AAN. Permohonan yang tidak melalui mana-mana IPT tidak akan dipertimbangkan.

  5. Borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.

  6. Ahli Jawatankuasa Pemilih boleh memohon dalam kategori yang lain daripada kategori keahliannya. Untuk memastikan ketelusan dan integriti AAN, AJK yang memohon dalam kategori yang sama keahliannya hanya boleh memohon setelah sekurang-kurangnya setahun tidak menjadi ahli.

  7. Ahli Jawatankuasa Induk AAN tidak boleh memohon atau dicalonkan dalam mana-mana kategori AAN semasa menjadi ahli.

  8. Tarikh tutup permohonan/pencalonan ialah pada 13 Februari 2023 .
    1. Semua permohonan/pencalonan perlu diperakukan oleh Naib Canselor atau jawatan yang setaraf dengannya* sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup.

    2. Dokumen-dokumen seperti dibawah perlu sampai ke Urus Setia AAN sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.

      • Butir jaya diri (CV) bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara;
      • Tiga (3) salinan buku bagi kategori Anugerah Penerbitan Buku; dan
      • Bahan bukti bagi kategori Anugerah Seni dan Kreativiti serta kategori Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk

  9. Permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut:
    Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Aras 4, No. 2, Menara 2
    Jalan P5/6, Presint 5
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62200 PUTRAJAYA
    (UP: Urus Setia Anugerah Akademik Negara Ke-15)
    Sila layari syarat dan peraturan untuk semua kategori di https://jpt.mohe.gov.my/aan.

*Untuk maklumat lanjut, boleh tekan butang di bawah.

Hubungi kami

Anda ada soalan?
Jangan tunggu lagi, jom tanya kami

ctl@upnm.edu.my

Image
Image

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Aras 1, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),
Bangunan Canselori UPNM,
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur, Malaysia


Tel  : +603 - 9051 3400 samb : 2616

Lokasi

Ikuti Kami