KAPP2023.jpeg

[Hari Pertama KAPP 2023]

Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2023 telah dimulakan pada 7hb Ogos 2023 dengan jayanya. Kursus ini telah dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor UPNM, Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin. Taklimat kursus diberikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab. Sesi 1 dimulakan dengan Prof. Dr. Jowati binti Juhary, Pengarah Pusat Bahasa UPNM dan diikuti dengan Dr. Siti Suhaidah Sahab daripada UiTM dan sesi terakhir untuk hari pertama disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Faiz bin Md Din daripada UPNM. Terima kasih diucapkan kepada penceramah diatas perkongsian ilmu yang penuh berinformasi.

[Hari Kedua KAPP 2023]

Hari Ke-2 : Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2023 telah berjalan dengan jayanya pada 8hb Ogos 2023. Sesi pertama dimulai oleh penceramah Profesor Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab, Pengarah CTL UPNM, diikuti sesi kedua oleh Dr. Intan Juliana binti Shamsudin, Pensyarah Kanan dari Pusat Asasi Pertahanan (PAP) UPNM. Sesi terakhir pada hari kedua disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Mohammad Najib bin Jaffar, Pensyarah Kanan dari USIM. Penghargaan diberikan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat informatif. Skop ceramah pada hari kedua adalah berkenaan pendigitalan pendidikan tinggi, metod penyampaian PdP dan jaminan kualiti akademik.

[Hari Ketiga KAPP 2023]

Pada 9hb Ogos 2023, hari Ke-3 Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2023 berjalan dengan jayanya. Sesi pertama dimulai oleh ceramah Prof. Madya Dr. Mohd Taufik Bin Jusoh @ Tajudin, Dekan Fakulti Kejuruteraan UPNM. Sesi kedua adalah daripada Prof. Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef dari UPM dan sesi terakhir pada hari ketiga disampaikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Anuar Bin Mohd Yusof dari UMK. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh penceramah untuk meningkatkan interaksi sepanjang kursus. Terima kasih diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat informatif dan berharga.

[Hari Keeempat KAPP 2023]

Pada 10hb Ogos 2023, hari Ke-4 Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2023 berjalan dengan jayanya. Sesi pertama dimulai oleh ceramah Prof. Dr. Aidy bin Ali Dekan Pusat Pengajian Siswazah UPNM . Sesi kedua adalah daripada Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Helmi bin Norman dari UKM dan sesi terakhir pada hari keempat disampaikan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh dari UPNM.

Pelbagai cara menarik dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi semasa dan pengalaman hidup sebenar telah dikongsi secara interaktif dengan peserta oleh penceramah. Terima kasih kepada para penceramah kerana memberi nasihat dan cara terbaik kepada peserta untuk meneruskan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

[Hari Kelima KAPP 2023]

Pada 11hb Ogos 2023, hari Ke-5 dan hari terakhir Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2023 berjalan dengan jayanya. Sesi pertama perkongsian dimulai oleh Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin, Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Kualiti Akademik). Manakala sesi kedua dan terakhir untuk KAPP 2023 ini dilengkapkan dengan ceramah khas daripada Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus dengan tajuk ceramah "Cultivating Research Excellence". Tajuk-tajuk ceramah yang dikongsi dalam Kursus KAPP ini adalah bidang-bidang utama dan forte penceramah. Diharapkan Kursus KAPP 2023 ini dapat membantu dan membuka ruang dan peluang kepada pensyarah-pensyarah UPNM untuk lebih berdaya saing dalam dunia akademia di masa akan datang. Terima kasih kepada para penceramah kerana memberi nasihat dan cara terbaik kepada pensyarah untuk meneruskan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di UPNM.

Hubungi kami

Anda ada soalan?
Jangan tunggu lagi, jom tanya kami

ctl@upnm.edu.my

Image
Image

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Aras 1, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),
Bangunan Canselori UPNM,
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur, Malaysia


Tel  : +603 - 9051 3400 samb : 2616

Lokasi

Ikuti Kami