Samsung Malaysia

Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd. merupakan rakan strategik kepada CTL yang telah membuka booth di Innovation in Teaching and Learning Expo (UPNM-InTeLeX) 2023.

CTL telah menganjurkan webinar yang berjudul Samsung Hybrid Solution pada 15 Februari 2023. Antara objektif yang disampaikan melalui sesi webinar tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta terhadap teknologi terkini. Selain itu, objektif di dalam webinar ini juga adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang berkaitan dan peserta memperolehi dan mengaplikasikan pengetahuan dan teknik baru.
