Anugerah

Anugerah Khas YB Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI)

Image
Kategori Anugerah Khas Yb Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) merangkumi empat (4) kategori iaitu:
  1. Kurikulum Program Pengajian Inovatif
  2. Pengajaran Transformatif
  3. Pengalaman Pembelajaran Imersif
  4. Pentaksiran Alternatif
SYARAT UMUM
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di dalam negara termasuk Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti. 

  2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di dalam negara termasuk Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti. 

  3. Penyertaan untuk empat (4) kategori utama adalah seperti berikut:

    *Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan.

      1. Kurikulum Program Pengajian Inovatif adalah secara institusi

      2. Pengajaran Transformatif

      3. Pentaksiran Alternatif
      4. Pengalaman Pembelajaran Imersif

  4. Sekiranya tiada pemohon yang layak bagi sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan. 

  5. Penganjur, Urus setia, Ahli Jawatankuasa Induk dan Ahli Jawatankuasa Pemilih AKRI 2022 tidak boleh memohon atau menjadi ahli kumpulan yang menyertai AKRI 2022. 

  6. Pemenang Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi Kategori Pengajaran tidak dibenarkan menyertai AKRI.

  7. Pemenang AKRI 2019 tidak dibenarkan memohon dalam kategori yang sama. 

  8. Projek yang sama dibenarkan memohon di dalam kategori yang berbeza.

  9. Setiap pemohon perlu mengisi maklumat permohonan pada “Borang Maklumat Permohonan AKRI 2022” di pautan https://bit.ly/borangmaklumatAKRI2022. Borang tersebut memerlukan maklumat seperti di Lampiran A.

  10. Pemohon tidak dibenarkan untuk menggunakan bahan yang mempunyai hak cipta di dalam permohonan tanpa sebarang kenyataan yang merujuk kepada pencipta, pemilik hak cipta atau pelaku. KPT tidak bertanggungjawab di atas sebarang dakwaan terhadap pelanggaran hak cipta.

  11. Setiap permohonan perlu diselaraskan oleh penyelaras AKRI yang dilantik oleh IPT.

  12. Pemohon yang disenarai pendek akan melalui sesi pitching

  13. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pengajian Tinggi berhak untuk menarik balik anugerah yang telah diberikan. 

  14. Keputusan Jawatankuasa Induk AKRI 2022 adalah muktamad. 

PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN
  1. Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi yang terkini yang boleh dimuat turun dari laman sesawang https://jpt.mohe.gov.my/akri/ bermula 15 Julai 2022 (Jumaat).
  2. Permohonan hendaklah diperakukan oleh Naib Canselor/setaraf* atau Timbalan Naib Canselor/setaraf. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangkunya, surat penurunan kuasa perlu disertakan.
  3. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. 
  4. Semua borang permohonan mestilah diisi dengan font Arial 11 dengan singlespacing dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 14 Ogos 2022 (Ahad). Semua permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya sebelum jam 11.59 malam pada tarikh tutup. Pemohon digalakkan untuk menghantar permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Sila layari syarat dan peraturan untuk semua kategori di https://jpt.mohe.gov.my/akri/.

*Untuk maklumat lanjut, boleh tekan butang di bawah.

Hubungi kami

Anda ada soalan?
Jangan tunggu lagi, jom tanya kami

ctl@upnm.edu.my

Image
Image

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Aras 1, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),
Bangunan Canselori UPNM,
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur, Malaysia


Tel  : +603 - 9051 3400 samb : 2616

Lokasi

Ikuti Kami