Anugerah

Anugerah Akademik Cemerlang (AAC)

AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG
Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya bin Abdullah

PENGERUSI
Prof. Dato' Ts. Dr. Ahmad Mujahid bin Ahmad Zaidi

TIMBALAN PENGERUSI
Prof. Dato' Dr. Norhasni binti Zainal Abiddin

PENGERUSI JAWATANKUASA AAC
Prof. Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab

SETIAUSAHA
Mohd Afiq bin Zamanhuri
ANUGERAH
Terdapat 13 anugerah yang akan dipertandingkan pada tahun ini iaitu:
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK UNIVERSITI

  • Anugerah ini tidak disediakan borang pencalonan khusus. Calon hanya perlu menghantar CV / Resume terkini ke Urus Setia AAC.
ANUGERAH PENYELIAAN PROJEK SARJANA MUDA

  • Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan
    1. Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
    2. Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)
    3. Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)
    4. Sarjana Muda Teknologi Maritim
    5. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim
    6. Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data
  • Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
    1. Sarjana Muda Pengajian Strategi
    2. Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
    3. Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
    4. Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam
  • Fakulti Kejuruteraan
    1. Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian
    2. Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Kepujian
    3. Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
  • Pusat Bahasa
    1. Sarjana Muda Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya)

  • Akademi Kecergasan Pertahanan
    1. Sarjana Muda Sains Ketangkasan Pertahanan

ANUGERAH PENYELIAAN PASCASISWAZAH

  • Penyeliaan Peringkat Doktor Falsafah
  • Penyeliaan Peringkat Sarjana
ANUGERAH e-PEMBELAJARAN

  • Anugerah ini diberikan berdasarkan interaksi antara pensyarah dan pelajar menggunakan platform Learning Management System (LMS) UPNM
ANUGERAH PENYELIDIKAN DAN INOVASI

  • Kategori Sians dan Teknologi
  • Kategori Sains Sosial
ANUGERAH PEMINDAHAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI

ANUGERAH PENGKOMERSIALAN

ANUGERAH PENERBITAN BUKU

  • Kategori Sains dan Teknologi
  • Kategori Sains Sosial
ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL

  • Kategori Sains dan Teknologi
  • Kategori Sains Sosial
SYARAT UMUM
  1. Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) terbuka hanya kepada ahli akademik UPNM yang memenuhi syarat kelayakan.
  2. Kategori AAC terbuka kepada ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa atau memegang jawatan hakiki di UPNM sepanjang tahun atau sekurang-kurangnya enam bulan perkhidmatan dalam tahun penilaian.
  3. Calon hendaklah memenuhi kriteria asas berikut:
    1. Berstatus sebagai pegawai akademik yang sedang berkhidmat di UPNM.
    2. Mencapai skor minimum 4.3 mata dalam Penilaian Pengajaran bagi mana-mana semester dalam tahun penilaian.
    3. Memperoleh markah sekurang-kurangnya 85% dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dalam tahun penilaian.
  4. Jika tiada pemohon yang memenuhi syarat kelayakan untuk sesuatu kategori, maka anugerah bagi kategori tersebut tidak akan diberikan.
  5. Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Jawatankuasa Induk AAC berhak menarik balik anugerah yang telah diberikan.
  6. Keputusan Jawatankuasa Induk AAC adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.
  7. Penerima anugerah tahun lepas tidak boleh dicalonkan untuk anugerah yang sama pada tahun ini.
  8. Calon harus mempunyai rekod yang baik dalam hal integriti akademik dan profesional, seperti tidak terlibat dalam sebarang salahlaku akademik atau disiplin yang boleh menjejaskan reputasi mereka atau UPNM.


PERATURAN DAN TATACARA PERMOHONAN
  1. Permohonan/pencalonan hendaklah menggunakan borang permohonan rasmi dan setiap permohonan/pencalonan perlu menggunakan borang berasingan.
  2. Kategori yang memerlukan calon mengisi borang pencalonan dengan lengkap ialah:
    1. Anugerah Pembelajaran dan Pengajaran.
    2. Anugerah Ahli Akademik Harapan.
    3. Anugerah Penerbitan Buku.
    4. Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal.
    5. Anugerah Penyelidikan dan Inovasi.
    6. Anugerah Pemindahan Pengetahuan Teknologi
    7. Anugerah Pengkomersialan.
    8. Anugerah Inovasi Pengajaran
    9. Anugerah Pembelajaran Imersif Dan Teradun
  3. Permohonan/pencalonan hendaklah diperakukan oleh Dekan/ Pengarah Pusat Pengajian.
  4. Bagi permohonan/pencalonan daripada Dekan/Pengarah Pusat Pengajian perakuan perlu diperoleh daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
  5. Calon boleh dicadangkan/dinamakan oleh Fakulti/Pusat Pengajian dan permohonan mestilah disalurkan melalui Dekan/Pengarah Pusat Pengajian.
  6. Permohonan yang tidak melalui Dekan/Pengarah Pusat Pengajian tidak akan dipertimbangkan.
  7. Pencalonan Tokoh Akademik Universiti disyorkan oleh Jawatankuasa Induk AAC, pencalonan Anugerah E-Pembelajaran disyorkan berdasarkan keaktifan penggunaan sistem Moodle dalam tahun yang dinilai, Anugerah Penyeliaan (Pascasiswazah) disyorkan oleh Pusat  Pengajian  Siswazah dan Anugerah Penyeliaan (Projek Sarjana Muda)  disyorkan of FPJB yang menawarkan program Sarjana Muda.
  8. Semua borang permohonan/pencalonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sahih dan lengkap.
  9. Ahli Jawatankuasa Penilai Anugerah boleh memohon dalam kategori yang lain daripada kategori keahliannya.
  10. Ahli Jawatankuasa Induk boleh memohon tetapi perlu menarik diri sebagai Ahli Jawatankuasa.
  11. Tarikh tutup permohonan/pencalonan adalah pada 1 Mac 2024 (JUMAAT). Semua permohonan perlu sampai sebelum atau pada jam 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap  sebagai bukti penerimaan 
  12. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia AAC seperti berikut: Urus Setia Anugerah Akademik Cemerlang (AAC) Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Aras 1, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik  dan Antarabangsa), Bangunan Canselori, UPNM Tel.: 03-9051/3400 sambungan 7622616

Untuk memasuki sebarang pencalonan, calon boleh memuat turun borang pencalonan yang tersedia dengan mengklik pada link pautan yang disediakan di atas dan mengisi borang pencalonan anugerah sebelum atau pada 1 Mac 2024 (Jumaat). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan, boleh menghubungi (No Tel: +603 - 9051 3400 samb : 2616  ) atau melalui emel ke (ctl@upnm.edu.my)

Hubungi kami

Anda ada soalan?
Jangan tunggu lagi, jom tanya kami

ctl@upnm.edu.my

Image
Image

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Aras 1, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),
Bangunan Canselori UPNM,
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur, Malaysia


Tel  : +603 - 9051 3400 samb : 2616

Lokasi

Ikuti Kami