[Hari Pertama KAPP 2024]

Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2024 bermula pada 5 Ogos 2024 dengan berjaya. Sesi pertama dikendalikan oleh Prof. Ts. Dr. Mira Kartiwi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dengan tajuk "An Overview of Teaching in Higher Education: Goal and Concept ". Sesi kedua disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Irwan Mahazir bin Ismail dari Universiti Utara Malaysia (UUM), membahas "Best Practices and Documentation on Open Distance Learning (ODL)". Sesi terakhir pada hari pertama diberikan oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Faiz bin Md Din, Penagarah Pusat Pembangunan Akademik UPNM, mengenai "Quality Continuous Improvement and MQA Compliance". Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penceramah atas ilmu yang berharga yang telah dikongsi.

[Hari Kedua KAPP 2024]

Hari kedua Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2024 telah berlangsung dengan lancar pada 6 Ogos 2024. Sesi pertama dimulakan oleh Profesor Madya Ts. Dr. Norshahriah binti Abdul Wahab, Pengarah CTL UPNM, dengan tajuk "Hyflex, Massive Open Online Course, Micro-Credentials and Hybrid Learning" Sesi kedua diteruskan oleh Dr. Norzaura binti Abd Rahman, Timbalan Pengarah Bahagian Jaminan Kualiti dan Pengurusan Data UPNM, yang membincangkan topik "Data Quality" Sesi terakhir pada hari kedua disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Shakir bin Md Saat dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan tajuk "Technical and Vocational Education Training (TVET) and Experiential Learning and Competency-based Education Landscape (EXCEL)" Penghargaan diberikan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.

[Hari Ketiga KAPP 2024]

Pada 7 Ogos 2024, hari ketiga Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Sesi pertama dimulakan oleh Prof. Madya Dr. Wan Norhasniah binti Wan Husin, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan UPNM. Sesi kedua diteruskan oleh En. Zamir Rashid dari Innoveam Sdn. Bhd., diikuti dengan sesi terakhir yang disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Norhana binti Abdul Halim, Pengarah Pusat Asasi Pertahanan UPNM. Pelbagai aktiviti telah diadakan oleh penceramah untuk meningkatkan interaksi sepanjang kursus. Antara tajuk yang dibincangkan termasuk "Leadership in Academic World", "Regenerating Learning Experience with AI and ChatGPT", dan "Integrity and Professionalism in Teaching and Learning". Terima kasih diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat informatif dan berharga.

[Hari Keempat KAPP 2024]

Pada 8 Ogos 2024, hari keempat Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Sesi pertama dimulakan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Wan Md Zin bin Wan Yunus dari UPNM. Sesi kedua diteruskan oleh En. Mohd Hezri Amir Abd Latiff dari Univrse Interactive Sdn. Bhd., diikuti dengan sesi terakhir yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Taufiq bin Ishak dari UPNM. Antara topik yang dibincangkan termasuk "Effective Student Supervision", "Digital Transformation in Higher Education (Metaverse)", dan "Various Teaching Methods and Styles at The University". Penghargaan yang tinggi diucapkan kepada para penceramah atas panduan dan nasihat yang diberikan, yang pastinya akan membantu peserta untuk terus cemerlang dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

[Hari Kelima KAPP 2024]

Pada 9 Ogos 2024, hari kelima dan terakhir Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Sesi pertama dimulakan dengan perkongsian oleh Kol Prof. Dr. Khairol Amali bin Ahmad, Penolong Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), dengan tajuk "Cultivating Research Excellence". Seterusnya, sesi kedua diteruskan oleh Prof. Dr. Aidy bin Ali, Dekan Pusat Pengajian Siswazah UPNM, yang menyampaikan taklimat bertajuk "Work That Gets Published". Sesi ketiga dan terakhir KAPP 2024 disempurnakan dengan ceramah khas oleh Dr. Siti Hajar binti Adam, Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan & Kesihatan Pertahanan UPNM, dengan tajuk "Inclusive Open Educational Resources (iOER)".

Topik-topik yang dibincangkan sepanjang Kursus KAPP ini merupakan bidang utama dan kekuatan para penceramah. Penghargaan yang tinggi diucapkan kepada para penceramah atas panduan dan nasihat yang diberikan, yang pastinya akan membantu pensyarah dalam mengembangkan bidang pengajaran dan pembelajaran di UPNM. Diharapkan Kursus KAPP 2024 ini dapat memberikan inspirasi dan membuka peluang yang luas kepada para pensyarah UPNM untuk terus cemerlang dan berdaya saing dalam dunia akademia pada masa hadapan.

Hubungi kami

Anda ada soalan?
Jangan tunggu lagi, jom tanya kami

ctl@upnm.edu.my

Image
Image

Pusat Pengajaran dan Pembelajaran

Aras 1, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),
Bangunan Canselori UPNM,
Kem Perdana Sungai Besi
57000 Kuala Lumpur, Malaysia


Tel  : +603 - 9051 3400 samb : 2616

Lokasi

Ikuti Kami