Innoveam Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang membantu perniagaan untuk mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan, dan mencapai masa yang lebih pantas ke pasaran terutamanya dalam menganalisis, mensimulasikan dan menggambarkan data 3D menggunakan teknologi digital.
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL) UPNM telah membuat lawatan ke Innoveam Sdn. Bhd. di Bangunan G-Tower, Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk sesi demonstrasi peralatan dan aplikasi VR ( Virtual Reality ) dan AR ( Augmented Reality ) daripada Innoveam Sdn. Bhd. untuk melihat teknologi terkini yang boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran di UPNM. Terima kasih Innoveam.

