PRAKATA PENGARAH
Pemikir Masa Hadapan
(Minds of The Future)
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Pusat Pengajaran dan Pembelajaran atau Centre for Teaching and Learning (CTL) di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah diasaskan pada 1 Oktober 2021 selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperkasakan pendidikan digital negara. CTL merupakan sebuah pusat yang fokus tujahannya ialah membantu para akademik dan pelajar dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di UPNM.
CTL juga bertanggungjawab untuk membuat pemantauan, pembangunan serta penilaian terhadap Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran (KAPP), menjadi salah satu daripada Jawatankuasa Induk Hari Inovasi dan Majlis Anugerah (HIMA), mengawal selia keberkesanan penggunaan platform e-Learning (Learning Management System), Massive Open Online Courses (MOOC), Micro-Credentials (MC) serta kursus-kursus pengaplikasian teknologi dalam pendidikan digital.
Di CTL juga, penterjemahan matlamat Hala Tuju KPT juga diselaraskan dengan pembangunan garis panduan, amalan terbaik serta bahan-bahan rujukan yang membantu para akademik dalam menghasilkan bahan-bahan PdP berkualiti serta mengoptimumkan fasiliti pembelajaran di UPNM.
Akhir kata, diharap agar CTL dapat memberi lonjakan yang signifikan terhadap proses pendigitalan universiti ke arah pembudayaan pembelajaran abad ke-21 dengan menerapkan nilai-nilai insaniah dalam proses PdP, iaitu humanizing digital education. Lonjakan inisiatif ini disalurkan melalui visi pusat ini iaitu Pemikir Masa Hadapan (Minds of The Future).
Sekian,
#SayangiUPNM

Prof. Madya. Ts. Dr Norshahriah binti Abdul Wahab
Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran,
Centre for Teaching and Learning (CTL)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)