Projek Rintis Hybrid-Flexible (HyFlex)
Pada 23 November 2023 telah diadakan satu sesi taklimat tadbir urus dalam kalangan pensyarah dan pelajar bagi Program Rintis Pembelajaran Anjal. Taklimat ini telah dihadiri oleh pelajar serta pensyarah yang terlibat untuk Program Rintis pada Oktober 2024. Pelbagai persoalan dan pandangan telah dibincangkan dalam taklimat ini. Program Rintis Pembelajaran Anjal di UPNM telah berjalan dengan jayanya.





Bengkel Pelaksanaan Program Rintis Pembelajaran Anjal 2U1H telah diadakan di The Grand Campbell Hotel, Kuala Lumpur pada 17 Julai 2023. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memperincikan perlaksanaan Program Rintis HyFlex dengan pemilik program. Pemilik program terdiri daripada Akademik Ketangkasan Pertahanan (AKP), Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP) dan Pusat Bahasa (PB) UPNM . Program yang terpilih ini adalah program tiga tahun yang akan dijalankan secara bersemuka dan hibrid. Pihak CTL juga telah menjemput wakil-wakil dari Bahagian Pengurusan Akademik (BPA), Pusat Pembangunan Akademik (PPA), Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) dan juga Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) untuk secara kolektif membincangkan tentang isu-isu yang berkaitan bagi memanifestasikan hasrat program ini.






Bengkel Pelaksanaan Program Rintis HyFlex ini diadakan bertujuan untuk memperincikan perancangan untuk pelaksanaan program yang dipilih untuk HyFlex. Program yang terpilih ini adalah program tiga tahun yang akan dijalankan secara bersemuka dan hibrid.





